Ridhuan Tee kesal dilarang tampil dalam Forum Perdana

Ridhuan Tee kesal dilarang tampil dalam Forum Perdana

Pendakwah terkenal, Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah melahirkan rasa kesal apabila beliau disekat menjadi panel dalam program Forum Perdana Ehwal Islam terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Malah, Tokoh Maulidur Rasul dan Maal Hijrah itu juga menzahirkan rasa sedih apabila rancangan bual bicara popular setiap Khamis itu turut dibatalkan kerana ada penampilan dirinya.

“Forum Perdana dibatalkan. Baru sahaja dapat notis daripada pihak RTM. Saya tidak dibenarkan keluar,” katanya.

Hantaran beliau yang juga merupakan Naib Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) dan Ahli Majlis Dakwah Negara itu turut mencetuskan perasaan simpati daripada ramai netizen tempatan.

Forum tersebut dijadualkan pada 9 malam ini turut membariskan seorang lagi panel, Datuk Mohd. Kazim Elias dengan dua moderator terkenal, Ustaz Nabil Ahmad dan Rizal Ramli.

Ia sepatutnya disiarkan secara langsung dari Auditorium Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad di Kelana Jaya, Selangor dengan tajaan oleh Bank Islam Malaysia Berhad. K Online

Ridhuan Tee kesal dilarang tampil dalam Forum Perdana


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kenapa tak suka Watie, tanya anak-anak Shuib

Mike Tyson bawa bapa tunai umrah

Achraf Hakimi punyai isteri paling cantik di dunia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker