Kandungan aplikasi Qalbox berteraskan Islam

Kandungan aplikasi Qalbox berteraskan Islam

SYARIKAT BITSMEDIA yang merupakan pemaju aplikasi mudah alih gaya hidup Muslim terkemuka di dunia iaitu Muslim Pro kini melancarkan perkhidmatan penstriman video atas langganan global (SVOD), Qalbox.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bitsmedia, Fara Abdullah, Qalbox merupakan aplikasi yang menganjurkan sumber kandungan luas dengan meraikan identiti dan budaya Muslim.



Aplikasi tersebut dilancarkan selepas kejayaan Muslim Pro yang mempunyai sekitar 140 juta pengguna seluruh dunia.

“Kami bermula dengan aplikasi Muslim Pro yang mendapat maklum balas hebat daripada ramai orang, Mereka menggunakannya sebagai rujukan waktu solat, al-Quran dan kiblat.

“Ramai juga menyoal tentang kandungan terbaik yang boleh diberikan. Jadi, kami mendapat idea menghasilkan Qalbox yang menonjolkan kandungan mengenai Muslim.

“Muslim bukan sahaja orang Arab tetapi dari berbagai negara. Jadi, aplikasi ini dapat membuka mata dan mempelajari tentang dunia luar dan budaya di sesebuah kawasan,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar pelancaran Qalbox di Sunway Pyramid.



QALBOX turut mengandungi drama, dokumentari dan pelbagai panduan berteraskan Islam seperti platform penstriman popular Netflix.
Jelas Fara lagi, aplikasi tersebut sangat mudah digunakan kerana berada dalam platform yang sama seperti Muslim Pro.

“Demi memudahkan pengguna, kami mencipta aplikasi yang boleh mengakses semua kandungan dalam satu platform.

“Menerusi platform ini, kami menyajikan bacaan doa dalam bentuk video dan dalam perancangan menambah sesi dokumentari lebih menjurus tentang kehidupan realiti,” tambahnya.

Keselamatan data



Lebih menarik, Fara memaklumkan BITSMEDIA mempunyai kumpulan yang menjaga ketelitian dan kebenaran kandungan sebelum dilancarkan dalam aplikasi tersebut.

“Kami mempunyai ‘moderation team’ yang akan memastikan kandungan selamat walaupun Qalbox turut mengandungi hiburan berbentuk drama.

“Sebelum melancarkan sebarang kandungan, kami akan merujuk nasihat syariah dan memastikan perkara yang diberikan adalah benar,” katanya.

Meskipun Muslim Pro pernah berdepan kontroversi sehingga kehilangan sejumlah pengguna, namun aplikasi tersebut tetap menjadi pilihan dan panduan buat Muslim.



“Insiden yang terjadi tiga tahun lalu benar-benar memberikan kesan kepada aplikasi kami sehingga mengalami penurunan jumlah pengguna.

“Kami meningkatkan keselamatan data, mengukuhkan infrastruktur. Alhamdulillah bilangan pengguna semakin meningkat.

“Pengguna melihat aplikasi ciptaan syarikat kami sebagai sebuah platform yang penting dalam kehidupan harian sebagai Muslim. Justeru itu, kami juga berharap agar Qalbox mampu memberikan yang terbaik buat pengguna,” ujarnya. K Online

Kandungan aplikasi Qalbox berteraskan Islam




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal



Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah

Bersatu akan tetap ‘mati’ di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker