Bimbang lihat calon kalah pegang jawatan – penganalisis

Bimbang lihat calon kalah pegang jawatan – penganalisis

Pelantikan calon kalah sebagai menteri dan timbalan menteri dianggap amalan membimbangkan memandangkan kebanyakan mereka tidak memiliki merit, kata penganalisis politik, Azmi Hassan.

Azmi dari Akademi Nusantara, berkata perkara itu bagaimanapun boleh diterima jika mereka dilantik sebagai senator sahaja memandangkan ia sering menjadi ganjaran kepada pemimpin kerana menyokong parti.

“Namun, saya fikir ia agak membingungkan dalam kes lantikan Jemaah Menteri dan timbalan. Ini kerana, daripada enam yang dilantik senator serta dipilih memegang jawatan kerajaan, hanya seorang sahaja memiliki kepakaran.

“Beliau adalah menteri agama Na’im Mokhtar. Lima yang lain dilantik berdasarkan hubungan politik,” katanya kepada FMT.

Na’im pernah memegang jawatan sebagai Ketua Hakim Syarie. Manakala, yang lain merupakan calon bertanding di Parlimen tetapi kalah pada PRU lalu.

Saifuddin Nasution Ismail dari PKR, Zambry Abdul Kadir serta Tengku Zafrul Aziz dari Umno dilantik sebagai menteri, manakala K Saraswathy dan Fuziah Salleh dari PKR dilantik sebagai timbalan menteri.

Saifuddin adalah setiausaha agung PKR, manakala K Saraswathy merupakan naib presiden dilantik dalam parti itu. Zambry pula adalah setiausaha agung Barisan Nasional (BN).

Kesemua tujuh mereka dilantik senator bagi membolehkan mengisi jawatan menteri atau timbalan menteri.

Azmi berkata, tawaran menjadi senator sepatutnya hanya digunakan bagi menarik kumpulan profesional dan teknokrat dalam kerajaan dan bukannya menyediakan “pintu belakang” bagi pihak yang kalah.

Ditanya mengenai sama ada Dewan Negara perlu direformasi bagi menamatkan lantikan calon kalah pilihan raya atau dijadikan ganjaran kepada pemimpin parti, Azmi bersetuju sambil menyatakan pilihan raya bagi senator akan menjadikan Dewan Negara lebih cekap.

Dalam pada itu, saintis politik, Wong Chin Huat dari Sunway University, juga bersetuju dengan cadangan diadakan pilihan raya membabitkan Dewan Negara.

Beliau juga mencadangkan Sabah dan Sarawak masing-masing diberikan satu per enam kerusi untuk membentuk blok veto.

Chin juga mencadangkan pengenalan perwakilan berkadar pada PRU kepada golongan profesional dan wakil sektor yang tidak mampu menang pilihan raya berdasarkan merit peribadi.

Katanya, kaedah “senarai tertutup” bagi perwakilan berkadar membolehkan pengundi memilih antara parti bertanding, dengan kerusi senator diperuntukkan kepada parti berdasarkan penguasaan undi diperolehi.

“Ini jauh lebih baik berbanding melantik calon kalah atau teknokrat yang tidak dipilih masuk dalam pentadbiran. Amalan sedia ada memberi keselesaan kepada parti, namun melemahkan demokrasi dan keabsahan pentadbiran,” katanya.

Sementara itu, Azmil Tayeb dari Universiti Sains Malaysia (USM), berkata pelantikan senator membolehkan kumpulan minoriti seperti wanita dan etnik lain mempunyai wakil mengambil kira kesukaran dipilih.

Azmil berkata, melantik calon kalah pilihan raya dalam kerajaan menerusi lantikan senator disifatkan tidak menimbulkan masalah selagi lantikan itu layak bagi portfolionya.

“Selain itu, ia hanya dilihat sebagai satu bentuk politik naungan dan usaha mengukuhkan kuasa,” katanya. “Dalam kes di Malaysia, pelantikan senator sentiasa digunakan sebagai sebahagian politik naungan bagi memberi ganjaran kepada sekutu dan memperkukuh kuasa perdana menteri dalam kerajaan.” FMT

Bimbang lihat calon kalah pegang jawatan – penganalisis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)

Tomok dakwa pekerjanya kena pukau

Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker