Angkara dendam, lelaki ditetak di Johor

JOHOR BAHRU: Angkara dendam, seorang lelaki cedera setelah ditetak dalam satu kejadian di Jalan Scientex Jaya, Taman Scientex, Senai, malam semalam.
Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata pihak polis menerima panggilan daripada MERS 999 pada pukul 7.50 malam, mengenai kejadian pergaduhan bersenjatakan parang.

Beliau berkata mangsa berusia 27 tahun itu, ditetak di bahagian bahu, kedua belah tangan dan kaki dan telah mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Sultanah Aminah.

“Keadaan mangsa stabil,” kata beliau dalam satu kenyataan, hari ini.

Susulan kejadian itu, Tok berkata pihaknya telah menemukan kereta Honda Accord putih yang dipercayai terlibat dalam insiden itu pada pukul 3.40 pagi tadi.
Ketika itu, kereta berkenaan dipandu seorang wanita berusia 23 tahun di sebuah stesen minyak di Taman Aman, Senai dan hasil pemeriksaan menjumpai sebilah parang dalam kereta tersebut.
“Kemudian datang seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun ke situ dan kedua-duanya ditahan serta dibawa ke Ibu Pejabat Polis daerah Kulai untuk siasatan lanjut,” katanya.
Tok berkata sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Kulai, kemudiannya telah membuat serbuan di sebuah rumah di kawasan Senai menangkap seorang lagi lelaki berusia 34 tahun bagi siasatan lanjut.
Hasil semakan mendapati dua lelaki tersebut mempunyai rekod jenayah lampau dan penyalahgunaan dadah.
“Polis turut membuat rampasan iaitu sebilah pisau, dua rangkai kunci kereta, dua buah kereta Honda Accord, dua helai t-shirt dan dua helai seluar jeans bagi membantu siasatan.
“Kesemua yang ditahan direman empat hari bermula hari ini di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun penjara atau denda atau dengan sebat,” katanya.
— BERNAMA

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)

Tomok dakwa pekerjanya kena pukau



Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker