Ugut sebar gambar bogel bekas kekasih, lelaki dipenjara 6 bulan

Ugut sebar gambar bogel bekas kekasih, lelaki dipenjara 6 bulan

KUALA TERENGGANU: Seorang juruteknik dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret atas pertuduhan melakukan ugutan untuk menyebarkan gambar bogel bekas teman wanitanya, Januari lepas.

Majistret Noor Mazrinie Mahmood menjatuhkan hukuman itu ke atas Wan Azuan W Ismail, 29, selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut terhadap seorang wanita berusia 22 tahun melalui panggilan telefon di Kuala Ibai, dekat ini pada 7.48 pagi, 25 Jan lepas.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditahan pada 15 Okt lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Khairi Mohamed Noor manakala tertuduh tidak diwakili peguam. FMT

Ugut sebar gambar bogel bekas kekasih, lelaki dipenjara 6 bulan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Terima kasih Annuar bongkar Muhyiddin beri duit pada UMNO

Raba payu dara sepupu isteri, lelaki didakwa

Wan Fayhsal buat laporan polis terhadap Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker