Muka baharu dominasi Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan

Dari kiri Ching Tong, Hanifah dan Akmal Nasrullah.

Timbalan Menteri yang di umumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan kebanyakan dikalangan mereka adalah muka baharu di bawah pentadbiran Kerjaan Perpaduan.

Ia menyaksikan antaranya Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Adam Adli Abd Halim dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh (Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi) dan Ahli Parlimen Beaufort Siti Aminah Aching (Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi).

Selain itu turut dilantik menjadi Timbalan Menteri, Datuk Hanifah Hajar Taib (Timbalan Menteri Ekonomi); Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir (Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan); Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Liew Ching Tong (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri).

Sementara itu, turut dilantik Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang (Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah); Ahli Parlimen Limbang, Datuk Hasbi Habibollah (Timbalan Menteri Pengangkutan).

Sebentar tadi, Anwar dalam sidang medianya di Putrajaya mengumumkan 27 Timbalan Menteri dilantik di bawah Kerajaan Perpaduan.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)

Tomok dakwa pekerjanya kena pukau

Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker