Vlogger China digelar bodoh oleh kakitangan syarikat penerbangan tempatan

Vlogger China digelar bodoh oleh kakitangan syarikat penerbangan tempatan

 

Rakyat Malaysia memang cukup dikenali dengan sifat peramah dan baik hati sehingga menjadi sebutan di seluruh dunia. Jadi tidak hairanlah, ramai pelancong mahu datang melawat ke sini pada saban tahun.

Namun begitu, seorang vlogger China yang tinggal di Malaysia telah berkongsi sebuah video Douyin yang berkisarkan pengalaman malangnya berjumpa seorang kakitangan syarikat penerbangan yang kurang ajar.



Dia menceritakan secara terperinci bagaimana seorang kakitangan penerbangan tempatan didakwa memanggilnya dengan gelaran bodoh sewaktu meminta bantuan di KLIA 2.

Menerusi akaun Douyin wanita itu, dia dilihat cuba mendaftar masuk namun kiosk layan diri pula tidak berfungsi.

Walaupun sudah berusaha merekod bahan bukti berhubung kegagalan mesin layan diri untuk rujukan kakitangan penerbangan itu, namun dia telah disambut dengan layanan kurang ajar dan tidak sabar.


Baca Artikel Menarik:

Hidup berteman sampah lebih 2 tan




“Pada mulanya, dia meminta saya mencari rangkaian internet yang lebih baik untuk mencuba lagi dan jika masih tidak berkesan, saya boleh membayar RM30 untuk setiap orang di kaunter manual,” katanya.

Wanita itu mendedahkan bahawa dia, yang pulang ke negara asalnya setiap bulan, hairan dengan prosedur itu tetapi tetap mengikut arahan kakitangan itu.

Bagaimanapun, apabila dia meminta penjelasan lanjut tentang cara untuk meneruskan urusan check in itu, dia terkejut mendengar kakitangan itu berkata ‘Bodoh’ kepadanya.



“Dia mungkin tidak menyangka bahawa saya akan memahaminya, dan saya terkejut,” kata vlogger itu.

“Saya bertanya kepadanya bagaimana dia boleh menjadi sangat biadap untuk memanggil saya ‘Bodoh’ tetapi dia hanya membalas dengan ‘Adakah anda mahu masuk mendaftar masuk atau tidak?” ulasnya dengan terperinci.


Baca Artikel Menarik:

Kenyataan MB Perlis berkenaan anaknya ditangkap SPRM




Susulan insiden itu telah menyebabkan vlogger berkenaan sangat tidak berpuas hati dan marah, namun dia menekankan bahawa kemarahannya bukan berpunca dariapda dihina tetapi daripada kebimbangan terhadap kejadian itu sendiri.

Sebagai warga asing yang tiba di Malaysia, layanan seperti itu, katanya sangat mencemarkan nama baik Malaysia

Dalam pada itu, dia turut mempersoalkan bagaimana perasaan orang ramai jika ahli keluarga mereka atau mereka yang tidak bertutur dalam bahasa itu dilemparkan penghinaan sedemikian.

“Adakah tidak mengetahui cara mengendalikan mesin membolehkan seseorang menggunakan kata kesat secara lisan (kepada orang lain)?,” soal wanita itu.



Di sebalik kejadian itu, vlogger China itu percaya bahawa Malaysia kekal sebagai salah satu negara yang paling toleransi dan menggesa orang ramai supaya tidak menilai seluruh negara berdasarkan satu peristiwa atau kejadian kecil.


Baca Artikel Menarik:

Kaka Azraff diamanahkan jaga 4 orang anak kepada arwah kakaknya


Malah, dia menekankan bahawa kejadian ini hanya mewakili tingkah laku seseorang individu sahaja. Dalam pada itu, dia mengatakan video ini dibuat bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak tetapi sebagai pengajaran untuk lebih menghormati dan toleransi di antara satu sama lain. Vc



Vlogger China digelar bodoh oleh kakitangan syarikat penerbangan tempatan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fatia Latiff kena bahan lagi lepas ‘upload’ gambar ini

‘Alamak Raya Lagi’ versi tauke babi panggang raih 1.6 juta tontonan (Video)

Penebar roti canai dicari dengan gaji RM5,000 sebulan

Ruhainies tipu kata nak berundur – Kekasih Aliff Aziz

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker