KL – Shah Alam 30 minit dengan SUKE Fasa 2

Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) Fasa 2 menjadi penjimat masa penting bagi pengguna, kerana laluan yang baharu dibuka ini mengurangkan masa perjalanan secara ketara pada waktu puncak.

Ahli perniagaan Sulaiman Shariff, 51, berkata dia akan menghantar isterinya bekerja di Kuala Lumpur setiap hari sebelum ke pejabatnya di Shah Alam.

“Biasanya saya bergantung kepada Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) atau Lebuhraya KL-Seremban untuk sampai ke destinasi. Tetapi semasa waktu puncak, saya sering terperangkap dalam lalu lintas sehingga satu setengah jam.

“Namun, SUKE Fasa 2 jadi pilihan utama saya sejak dibuka. Saya boleh sampai ke pejabat di Shah Alam dari KL dalam masa 30 minit sahaja,” katanya kepada FMT.

Pesara Ariffin Junoh berkata jarak perjalanan lebih jauh di SUKE Fasa 2 tidak dirasai kerana pemanduan lancar dan masa perjalanan lebih singkat.

“Menggunakan SUKE Fasa 2 menjimatkan masa saya. Pemanduan juga selesa, dengan pemandangan yang menambah pengalaman keseluruhan,” katanya.

Ismail Hashim, pengerusi persatuan penduduk Pangsapuri Cemara, berkata SUKE Fasa 1 dan 2 menyediakan alternatif yang amat diperlukan pengguna, bagi mengelak kesesakan lalu lintas yang “melelahkan”.

“Kita mungkin akan tertekan kerana terperangkap dalam kesesakan dalam tempoh yang lama. Pada saya, lebih baik keluarkan sedikit wang untuk tol daripada menghabiskan masa berjam-jam dalam kesesakan, terutama pada waktu puncak.

“SUKE Fasa 1 dan Fasa 2 menjimatkan masa dan memudahkan perjalanan penduduk. Lebuh raya ini memudahkan urusan kami semua,” kata Ismail.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prolintas Azlan Abdullah berkata lebih 100,000 pengguna berulang-alik menggunakan SUKE Fasa 2 setiap hari. Ia merekodkan kiraan trafik puncak melebihi 132,000 penumpang baru-baru ini.

“Orang ramai yang berkendara di Lembah Klang berdepan kesesakan lalu lintas setiap hari. SUKE memainkan peranan penting dalam mengurangkan kesesakan di beberapa lebuh raya dan jalan utama dalam Lembah Klang, terutamanya di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Jalan Loke Yew, dan Jalan Ampang.

“Selain itu, SUKE Fasa 2 menghubungkan pengguna dengan beberapa lebuh raya utama, termasuk Besraya, Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban,” katanya.

Azlan berkata analisis trafik yang dijalankan seminggu selepas pembukaan SUKE Fasa 2 mencatatkan peningkatan anggaran 70% dalam jumlah trafik keseluruhan, terutama dalam kalangan kenderaan berat, termasuk bas.

“Ini menunjukkan keberkesanan SUKE Fasa 2 sebagai laluan alternatif, menyuraikan trafik dengan berkesan di lokasi utama,” katanya. FMT

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noh Salleh buka mulut selepas Mizz Nina kahwin lain

Ramai bimbang Alif Satar berguru dengan dua agamawan ini

Zul Ariffin jadi Mutawif? (Video)

Cebisan mayat berselerak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker