‘Saya berdoa mereka ke neraka atau mereput dalam penjara’

‘Saya berdoa mereka ke neraka atau mereput dalam penjara’

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, menafikan ada terbabit dengan mana-mana skim pelaburan seperti yang tersebar di laman sosial.

Ahmad Samsuri menegaskan, gambarnya disalah guna pihak tidak bertanggungjawab untuk mempromosi dan mengiklankan aktiviti pelaburan menggunakan akaun ‘The Secret Quran’.

Katanya, pihak tidak bertanggungjawab turut mewujudkan akaun TikTok menggunakan gambar dan nama mirip nama beliau, drahmedsamsurimokhtar.

“Gambar saya dipergunakan oleh pihak ini. Saya menafikan sekeras-kerasnya terbabit dengan mana-mana pihak berkaitan perkhidmatan mahupun akaun itu.

“Saya turut menafikan akaun TikTok drahmedsamsurimokhtar adalah akaun saya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kemaman enggan melayan perkara itu dan hanya mahu memberi tumpuan kepada tugas hakikinya.

“Tak mampu untuk saya ‘divert’ (mengalihkan) kerja semata-mata untuk lawan ‘scammer’ seperti ini. Hari ini kita jawab palsu, minggu depan keluar yang lain pula and next next week, the week after and so on.

“Yang boleh dibuat oleh saya secara peribadi adalah berdoa agar pihak yang buat masuk neraka dan kalau pihak berkuasa mampu menangkap mereka, biarlah mahkamah menjatuhkan hukuman paling berat dan mereput dalam penjara,” katanya. BH

‘Saya berdoa mereka ke neraka atau mereput dalam penjara’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akaun dark side anak Melayu bersepah dalam aplikasi X

Babak ranjang, Fasha harapkan fenomena

DJ Lin jadi mangsa

Rezeki jadi suami curang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker