Suami isteri dihalau dari penerbangan disebabkan badan berbau

SUAMI isteri dihalau daripada penerbangan American Airlines kerana dikatakan badan mereka berbau.

Pada Januari 2019, Yehuda Yosef Adler, Jennie Adler, dan anak perempuan mereka yang berusia 19 bulan diberitahu untuk meninggalkan pesawat Amerika Airlines kerana ada aduan badan mereka berbau.

Memetik laporan The Mirror.co.uk, Yehuda Yosef, berkata sebaik sahaja mereka dibawa turun dari pesawat, petugas syarikat penerbangan menutup pintu.



“Mereka berkata, kepada saya, ‘Maaf tuan, beberapa orang mengadu anda mempunyai bau badan dan kami tidak membenarkan anda kembali’,” katanya.

Bagaimanapun, pasangan itu berkata, tiada siapa yang akan memberi mereka jawapan yang tepat.

Keluarga itu juga berkata, mereka diberitahu oleh American Airlines bagasi mereka akan dikembalikan kepada mereka.

Namun, bagasi mereka tidak dipulangkan dan mereka dibiarkan sehelai sepinggang tanpa sebarang keperluan untuk menjaga anak mereka, termasuk tempat duduk kereta dan kereta dorong bayi.



Pasangan itu, bagaimana pun diberi bilik hotel dan baucar malam itu dan tiket penerbangan mereka ditempah untuk penerbangan lain pada hari berikutnya.

Keluarga itu berkata, mereka berasa terhina dan malu akibat kejadian itu, yang kata mereka, menyebabkan emosi mereka tertekan.

Saman syarikat penerbangan

Kejadian itu berlaku pada Januari 2019 dan pada Januari tahun berikutnya, pasangan itu memfailkan saman terhadap American Airlines.



Bagaimanapun, kes itu ditolak oleh mahkamah dan pasangan itu tidak dapat memfailkan semula tuntutan mahkamah atau meneruskan tindakan undang-undang yang sama terhadap syarikat penerbangan berkenaan.

Dokumen itu menyatakan bahawa “pembubaran kes ini dengan prejudis” adalah “tertakluk kepada pembukaan semula jika penyelesaian tidak diselesaikan” dan seterusnya menyatakan semua pihak mesti membayar yuran guaman dan peguam mereka sendiri.

Menurut tuntutan mahkamah yang difailkan oleh pasangan Adler, yang merupakan Yahudi Ortodoks, ketika mereka baru sahaja duduk dalam pesawat, mereka didatangi oleh seorang ejen penerbangan yang memberitahu lelaki itu

“Tuan, ada kecemasan dan anda mesti turun dari pesawat.”



Peguam Nwadi Nwogu menulis dalam saman itu, “Setiba di luar, ejen defendan memberitahu pasangan Adler bahawa juruterbang itu membawa keluarga keluar dari pesawat kerana bau badan,”

Yehuda Yosef bertanya kepada ejen sama ada bau badan itu berpunca daripadanya, isteri atau anaknya, namun ejen itu tidak menjawab soalan itu tetapi terus menyatakan mereka mesti meninggalkan pesawat atas arahan juruterbang kerana mereka telah melakukan kesalahan yang sangat menyinggung.

Pasangan itu memberitahu kakitangan syarikat penerbangan bahawa mereka telah mandi awal hari itu, sebelum penerbangan pagi mereka.

Pada 28 Januari tahun itu, Adlers memfailkan saman sivil terhadap American Airlines dengan mendakwa mereka menjadi mangsa diskriminasi yang berkaitan dengan bangsa, agama, keturunan, negara asal, dan ciri etnik, untuk menafikan kebebasan dan kesaksamaan, untuk memalukan, menghina, layanan yang meremehkan, untuk kecuaian dan menimbulkan tekanan emosi yang disengajakan.



Selepas tuntutan mahkamah difailkan, American Airlines dalam satu kenyataan berkata, “Ahli pasukan kami menjaga kebajikan keluarga itu dengan menyediakan penginapan hotel termasuk makanan, dan menempah semula penerbangan mereka ke Detroit pada keesokan harinya.

“Tiada keputusan yang dibuat oleh pasukan kami dalam mengendalikan situasi sensitif ini adalah berdasarkan agama mereka.” katanya.- Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA

Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu

Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya

Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker