Anwar Tak Lupa Untuk Bersenam Walau Sibuk Bertugas (Video)

Anwar Tak Lupa Untuk Bersenam Walau Sibuk Bertugas (Video)

Semenjak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat begitu sibuk menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin negara.

Kerja ‘back-to-back’ di Jabatan Perdana Menteri

Malah, Anwar juga bekerja tanpa henti demi menstabilkan semula keadaan negara.

Bukan itu saja, selepas mengumumkan barisan kabinet Kerajaan Perpaduan pada Jumaat lalu, beliau juga dilihat menjadi pengerusi bagi mesyuarat rasmi pertama bersama menteri-menteri yang dilantik.

Tetap bersukan, kekal cergas

Namun, apa yang mencuri perhatian rakyat adalah perkongsian Anwar Ibrahim pada petang Isnin apabila beliau sempat meluangkan masa melakukan aktiviti riadah setelah selesai segala urusan kerja di Putrajaya.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya, Anwar Ibrahim melakukan aktiviti riadah dengan berjoging dan bersenam menggunakan battle rope di sekitar kawasan perumahannya.

‘Sibuk tapi jangan lupa riadah’

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen dengan mendoakan supaya Anwar Ibrahim diberikan kesihatan yang berpanjangan dan tidak kurang juga yang ingin menjadikan semangat kesukanan beliau sebagai inspirasi untuk kekalkan momentum dalam bersenam. OB

https://fb.watch/heq5LKI8Ds/

Anwar Tak Lupa Untuk Bersenam Walau Sibuk Bertugas (Video)


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan siasat perbelanjaan RM600 billion Muhyiddin Yassin

Myvi RM25,000: Magik Rafizi ‘Si Raja Formula’ yang ditunggu-tunggu rakyat

Ogy bakal berkahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker