Nelissa trauma diraba di set penggambaran

Nelissa trauma diraba di set penggambaran

Pelakon, Nelissa Nizam, 25, mengakui trauma dan kurang bergaul terutama di set penggambaran selepas menjadi mangsa gangguan seksual.

Nelissa atau Nelissa Edreena Nizam, mendakwa kejadian itu berlaku semasa dia masih mentah dan baru berjinak-jinak dalam dunia lakonan tanah air.



“Saya seorang yang ramah di set penggambaran sebab mahu orang sekeliling selesa bekerja bersama.

“Namun tak sangka ada yang salah anggap keramahan saya. Ada seorang individu tarik saya dan cuba lakukan sesuatu. Kejadian itu berlaku di dalam kereta.

“Saya terus jadi trauma dan kurang bergaul di set. Waktu baca skrip pun saya menggigil,” katanya yang ditemui Utusan Malaysia di majlis sidang media Siri Astro Original Riot

Dakwanya lagi, memang ada pihak yang cuma mengambil kesempatan kepada pelakon baru sepertinya.



Namun begitu, kurangnya kesedaran gangguan seksual pada waktu itu membuat Nelissa memendam semuanya sendirian.

“Waktu itu saya masih mentah di dalam industri, budak baru yang tidak matang. Individu tersebut pula orang berkuasa yang ambil kesempatan.

“Dia seperti menyalahkan kita. Saya pernah terfikir untuk buat laporan polis, tapi orang sekeliling kata kalau saya tak terkesan, buat apa nak laporkan?

“Kalau saya tak terkesan sekali pun, perbuatan itu akan tetap salah,” dedahnya.



Dalam pada itu, membawakan watak Sal dalam siri Riot, Nelissa mengakui perlu berhenti beberapa kali semasa melakonkan beberapa adegan kerana ia menggembalikan semula memorinya sebagai mangsa gangguan seksual.

“Kami para pelakon kena berhenti banyak kali untuk dapatkan tenaga semula. Banyak adegan dalam drama ini yang pernah terjadi kepada kami.

“Barisan pelakon juga saling membantu. Setiap pergerakan dan lakonan adalah kolaborasi bagi menjayakan babak yang diiginkan.

“Sebelum berlakon, mereka akan minta izin bahagian mana yang okey dan kenapa ia perlu untuk menjayakan watak,” katanya lagi.



Drama Riot yang menceritakan kisah gangguan seksual dalam kalangan mahasiswa akan ditayangkan di Astro Shaw bermula 22 September ini.

Turut sama menjayakan siri ini ialah Rashidi Ishak, Che Puan Sarimah, Iedil Dzuhrie Alaudin, Amanda Ang, Sue Tan, Nasir Alaydrus dan ramai lagi. Utusan

Nelissa trauma diraba di set penggambaran

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia raba dada saya – Sarimah

Tuduhan PM peliwat, laporan polis di seluruh negara ke atas Radzi



Tudung Nelydia Senrose terbang?

Caprice dakwa Bapa Mondy kena ‘payung’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker