Asyraf Wajdi persoal KDN luluskan nama parti Bangsa Malaysia

Asyraf Wajdi persoal KDN luluskan nama parti Bangsa Malaysia

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Ahmad Dasuki mempersoalkan kelulusan nama sebuah parti yang didakwa menggunakan nama ‘Bangsa Malaysia’.

“Ketika rakyat sedang susah dan resah dengan kenaikan harga barang yang mendadak, apalah agaknya dalam kotak pemikiran menteri yang sudah beberapa kali melompat ini?

“Bagaimana, KDN (Kementerian Dalam Negeri) boleh meluluskan nama parti menggunakan ‘Bangsa Malaysia’?” soalnya dalam satu hantaran di Facebook.

Oktober lalu, tular sebuah gambar menunjukkan sebuah parti baharu dengan nama Parti Bangsa Malaysia (PBM) didakwa sudah didaftarkan pada 27 Oktober lalu.

Gambar yang tular mengenai kelulusan pendaftaran parti baharu itu turut dilihat memiliki cop yang didakwa daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Bagaimanapun, sehingga kini, belum ada mana-mana pihak tampil mengaku sebagai pengasas atau individu yang mendaftarkan parti berkenaan.

Rabu lepas, media melaporkan Parti Bangsa Malaysia akan dilancarkan secara rasmi pada pertengahan bulan depan dengan 13 ahli parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dikatakan akan menganggotainya.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin dikaitkan akan meneraju parti itu, namun pengasas parti iaitu Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong berkata, Zuraida belum lagi menjadi presiden. Utusan

Asyraf Wajdi persoal KDN luluskan nama parti Bangsa Malaysia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Buli jalan raya rampas beg tangan (Video)

Satu Malaysia kena ‘game’ dengan Tauke

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker