Wanita Serang Majlis Perkahwinan Bekas Kekasih, Sempat Baling Tanah Liat Dekat Muka Pengantin

Siapa sangka majlis perkahwinan yang meriah di daerah Takhah wilayah Ha Tinh, Vietnam bertukar menjadi kacau-bilau apabila bekas teman wanita pengantin lelaki menyerbunya dan membaling tanah liat kepada pengantin perempuan.

Baling tanah liat

Menerusi laporan Thaiger News, insiden tersebut viral di media sosial Vietnam. Pada waktu berkenaan, pengantin perempuan sedang bersiap sedia untuk majlis berarak. Namun, tiba-tiba dia didatangi seorang perempuan yang membawa tanah liat.

Video yang dikongsi turut menyaksikan pengantin lelaki dan perempuan masuk ke dalam majlis sebelum seorang wanita membaling tanah liat kepada mereka.



Selepas ‘membalas dendam’ dia melarikan diri dari tempat kejadian dan menyebabkan seluruh muka pengantin dipenuhi kotoran tanah liat. Pada masa sama, orang ramai bergegas membersihkan pengantin dan majlis bersambung seperti biasa.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Komuniti Tempatan, Chen Ba Huan, wanita yang membaling tanah liat itu adalah bekas teman wanita pengantin lelaki. Pasangan itu sebelum ini pernah menjalin hubungan dan mempunyai seorang anak. Bagaimanapun, keluarga pengantin lelaki tidak merestui hubungan mereka dan menghalangnya untuk berkahwin.

Menurut laporan, kes itu masih disiasat oleh pihak polis

Sumber: Thaiger News



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ziela Jalil kena sabotaj?

PA Ebit dah bersama Caprice, makin panas



Berdosa ke jadi janda, soal Fauziah

Hidung aktres wanita rosak ditipu ‘beautician’ menyamar doktor



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker