Mandi bersama elak bercerai

Mandi bersama elak bercerai

Pasangan suami isteri yang ingin rumah tangga mereka kekal dan bahagia perlu
mengamalkan tiga sunah Rasullullah SAW yang perlu dilakukan secara bersama iaitu makan, tidur dan mandi.

Pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Farkhan Daie berkata, perceraian kerap berlaku apabila pasangan tidak memandang serius mengenai sunah Nabi yang menjadi sebab berlakunya perceraian.



Lebih membimbangkan katanya, sebanyak 121 permohonan perceraian difailkan di mahkamah syariah di seluruh negara sehari atau bersamaan lima kes sejam.

“Seorang suami seharusnya berusaha untuk makan bersama isteri. Lebih utama jika dapat makan masakan air tangan isteri pasti akan bertambah sayang pada isteri. Rugilah kalau setiap hari makan di restoran.

“Usahakanlah mandi bersama isteri paling kurang seminggu sekali. Sedangkan ini akan menyebabkan kasih sayang antara suami isteri semakin kuat,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya hari ini.

Tambahnya, elakkan suami tidur di bilik lain atau di depan televisyen dan membiarkan isteri tidur berseorangan, kerana apabila kita rasa benda ini adalah benda biasa. Semakin lama perasaan cinta dan sayang makin pudar di dalam hubungan.



Menurut Ahmad Farkhan, ada juga kes yang terpaksa dilakukan untuk berjauhan seperti suami isteri tidak tinggal bersama akibat tugas.

“Dalam kes ini, setiap pasangan perlu percaya antara satu sama lain untuk mengekalkan hubungan selain kejujuran,” katanya. K Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Mandi bersama elak bercerai


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki



Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker