Patah kaki langgar buaya lintas jalan

Patah kaki langgar buaya lintas jalan

BACHOK: Seorang warga emas patah kaki selepas motosikal ditunggangi terlanggar buaya di jalan Kampung Kubang Telaga, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa, Rossazali Abdullah,61, mendakwa terlanggar buaya sepanjang lebih dua meter yang sedang melintas jalan.



Rossazli yang juga pesara kerajaan berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang menunggang motosikal bersendirian dari Gunong, Bachok untuk pulang ke rumah di Taman Desa Anda, Pasir Puteh.

“Setibanya di tempat kejadian, saya terkejut melihat seekor buaya atas jalan dan tidak sempat menekan brek.

“Saya terlanggar bahagian tengah badan reptilia itu dan ekornya melibas saya menyebabkan saya dan motosikal terbabas ke dalam kawasan lumpur di tepi jalan itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Rossazali berkata, buaya itu menghilang ke semak berdekatan, manakala penduduk kampung yang kebetulan melalui kawasan itu membantunya keluar daripada lumpur.



“Penduduk turut membantu membersihkan lumpur pada motosikal, manakala saya dibawa ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh,” katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan X-ray mendapati kaki kanannya patah dan kini dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Sementara itu, Rossazali berkata, laporan polis juga belum dibuat memandangkan dia perlu menjalani rawatan terlebih dulu. BH

Patah kaki langgar buaya lintas jalan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?



Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker