Chegu Bard dipanggil polis, bantu siasatan hantaran FB

Chegu Bard dipanggil polis, bantu siasatan hantaran FB

Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard, akan dipanggil memberi keterangan berhubung satu hantaran dibuatnya di Facebook (FB) ketika tempoh berkempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing, berkata Chegu Bard akan dipanggil untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan juga Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Pada 17 November lalu, kita menerima laporan polis berkenaan satu hantaran dalam FB yang dibuat oleh satu akaun iaitu Che’GuBard Original.

“Susulan itu, kita membuka kertas siasatan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing dan lelaki berkenaan akan datang ke Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Mersing untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Pengesahan itu dibuat Cyril terhadap kenyataan Chegu Bard di FB semalam, yang mendakwa akan ke IPD Mersing jam 2.30 petang ini selepas dipanggil pihak polis.

Chegu Bard dalam hantaran FB semalam mendakwa polis membuka kertas siasatan ke atasnya berhubung isu berkaitan perlombongan emas, perlombongan pasir dan dakwaan khazanah Mersing dipunggah keluar. BH

Chegu Bard dipanggil polis, bantu siasatan hantaran FB


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker