Kutipan tol DASH bermula esok, kadar bermula RM1.20 mengikut kelas

Kutipan tol di Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) bermula esok dengan kadar sama dikenakan kepada pengguna yang melalui Plaza Tol Denai Alam, Plaza Tol RRIM (Kwasa Damansara) dan Plaza Tol Kota Damansara mengikut kelas kenderaan.

Kelas kenderaan satu iaitu kereta dicaj RM2.30, lori iaitu kelas dua (RM4.60), treler iaitu kelas tiga (RM6.90), kelas empat iaitu kereta jenis teksi (RM1.20) dan bas iaitu kelas lima dicaj RM2.30.

Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn. Bhd. (Prolintas) dalam satu kenyataan memaklumkan, kutipan tol dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya menggunakan kad Touch ‘N Go, SmartTAG dan RFID.

“Pengguna disaran memastikan baki kad Touch ‘N Go dan e-wallet mencukupi sebelum memasuki Lebuhraya DASH,” katanya.

Menurut kenyataan itu, bahagian Operasi Lebuhraya DASH sentiasa memantau kelancaran sistem kutipan tol di ketiga-tiga plaza tol tersebut selain menempatkan petugas di lorong plaza tol kedua-dua arah lebuh raya terutama pada waktu puncak bagi membantu pengguna yang menghadapi kesulitan.

Katanya, pengguna juga dinasihatkan mematuhi peraturan keselamatan jalan raya dan papan tanda arah yang disediakan semasa melalui plaza tol bagi memastikan perjalanan yang lancar ke destinasi dituju.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian hotline DASH 1300885522.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan lebuh raya sepanjang 20.1 kilometer itu dibuka kepada pengguna secara percuma selama 48 hari bermula 14 Oktober sehingga hari ini. Utusan

Kutipan tol DASH bermula esok, kadar bermula RM1.20 mengikut kelas


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker