‘Kasut Mewah Anwar’ kurniaan adalah Sultan Johor

Anwar menjawab mengenai kasut miliknya di laman Twitter pada Selasa.
Anwar menjawab mengenai kasut miliknya di laman Twitter pada Selasa.
SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kasut mewah miliknya yang didakwa berharga lebih RM5,500 adalah pemberian Sultan Johor dua tahun lalu.

Beliau menjawab satu ciapan oleh pengguna akaun Twitter berkenaan kasut tersebut pada Selasa.

“Ia pemberian Tuanku Sultan Johor 2 tahun yang lalu.

“Saudara nak persoal saya tidak mengapa, tapi jangan bawa naratif fitnah,” katanya dalam laman Twitternya pada Selasa.

Sebelum itu dalam satu ciapan di Twitter, seorang netizen membuat kenyataan berbaur sindirian apabila mengatakan Anwar walaupun telah menolak menggunakan kenderaan jenis Mercedes S600 untuk urusan rasmi, namun beliau dilihat mengenakan kasut jenama mewah yang berharga kira-kira RM5,500.

Pada Ahad, Perdana Menteri memaklumkan beliau menolak menggunakan Mercedes S600 yang telah dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM), sebaliknya akan menggunakan apa saja kenderaan sedia ada di pejabat bagi kegunaan harian.

Anwar berkata, langkah tersebut diambil kerana tidak mahukan sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atas beliau.

 

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker