Kabinet terlalu kecil beri kuasa terlalu besar pada menteri – Isham

Kabinet terlalu kecil beri kuasa terlalu besar pada menteri – Isham

Ketua Penerangan Umno Isham Jalil bimbang saiz Kabinet terlalu kecil akan memberi bidang kuasa terlalu besar kepada menteri susulan penggabungan kementerian.

Justeru, beliau mencadangkan pengecilan saiz Kabinet dikurangkan kepada 28 menteri, berbanding 31 sebelum ini.

“Dalam undang-undang kita, ada perkara yang dipanggil perundangan sekunder dan perundangan perwakilan di mana kita gubal akta di Parlimen untuk perundangan utama tapi ia tidak terperinci, jadi banyak kuasa diserah kepada menteri atas budi bicaranya pada perundangan sekunder dan perwakilan.

“Kalau kita banyak sangat bidang kuasa letak pada satu menteri ekoran penggabungan kementerian, maka semak dan imbang itu tidak efisien dan menteri itu akan terbeban,” lapor Astro Awani.

Isham ketika mengulas lanjut, berkata disebabkan saiz Kabinet yang tidak boleh terlalu kecil tidak membawa manfaat yang begitu besar kepada penjimatan kos kerana walaupun bilangan menteri dikurangkan, berbanding jumlah kakitangan awam dan aset kerajaan tetap sama.

“Mungkin wang untuk menggaji menteri dapat dijimatkan, tapi kalau hanya seorang dua menteri dikurangkan dan gaji setiap menteri sekitar RM50,000, mungkin ia tidak begitu signifikan,” katanya. FMT

Kabinet terlalu kecil beri kuasa terlalu besar pada menteri – Isham


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker