Fitnah bekas timbalan menteri, 2 pemimpin DAP diperintah bayar RM350,000

Fitnah bekas timbalan menteri, 2 pemimpin DAP diperintah bayar RM350,000

Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan bekas Ahli Parlimen Damansara Tony Pua dan Ahli Parlimen Puchong Yeo Bee Yin yang baharu dipilih, baru-baru ini, membayar ganti rugi RM350,000 kerana memfitnah bekas timbalan menteri, Chew Mei Fun, berhubung dakwaan meluluskan penjualan tanah pada nilai rendah kepada MCA.

Hakim Roslan Abu Bakar, berkata Chew, juga bekas naib presiden MCA, telah membuktikan kesnya terhadap dua pemimpin DAP itu berdasarkan imbangan kebarangkalian.



Chew telah menyaman Pua berhubung artikel diterbitkan dalam Malay Mail dan Nanyang Siang Pau serta di FMT, pada September 2017.

Yeo juga disaman berhubung video yang diterbitkan di Facebook dan Nanyang Sian Pau, pada bulan sama.

Pua dan Yeo mendakwa Chew, yang menganggotai jawatankuasa tanah daerah, telah meluluskan penjualan sebidang tanah kepada MCA Selangor di bawah harga pasaran.

Dalam keputusannya, Roslan berkata, kedua-dua penerbitan itu memfitnah Chew dan pembelaan justifikasi, komen adil dan keistimewaan Reynolds yang dibangkitkan oleh kedua-duanya telah gagal.



Pua dan Yeo diperintahkan membayar Chew masing-masing RM200,000 dan RM150,000, sebagai ganti rugi.

Chew, yang diwakili Rueben Mathiavaranam, turut dianugerahkan RM50,000 sebagai kos yang perlu dibayar oleh defendan.

Pua dan Yeo diwakili Syahredzan Johan.

Chew, bekas timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, memfailkan saman itu, pada Mac 2018.



Beliau dilantik sebagai senator antara 2014 dan 2017.

Ketika kenyataan menyinggung itu dibuat, Pua merupakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, manakala Yeo ADUN Damansara Utama.

Mereka mendakwa, Chew menyalahgunakan kuasanya dan meletakkan dirinya dalam kedudukan konflik berkepentingan.

Bagaimanapun, Chew berkata, beliau tidak menganggotai jawatankuasa tanah kerana perkara melibatkan tanah adalah di luar bidang kuasanya.



Beliau juga berkata, Yeo mendakwa tanah berkenaan digunakan oleh penduduk setinggan bagi penanaman buah naga pada masa ia dijual kepada MCA. FMT

Fitnah bekas timbalan menteri, 2 pemimpin DAP diperintah bayar RM350,000


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi



Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker