2 TPM dalam 25 Jemaah Menteri Anwar – sumber

2 TPM dalam 25 Jemaah Menteri Anwar – sumber

Dua timbalan perdana menteri akan dilantik dalam senarai 25 ahli Jemaah Menteri Anwar Ibrahim, menurut sumber.

Sumber itu berkata, timbalan perdana menteri terdiri daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Barisan Nasional (BN) khususnya Umno.

PKR, Umno, DAP dan GPS mungkin diberi jawatan menteri paling banyak. Warisan, Amanah dan Upko juga dijadual dimasukkan dalam Jemaah Menteri pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

Sumber itu juga berkata, Anwar dijangka mengumumkan Jemaah Menteri esok.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-10, Khamis lalu.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, yang lebih dikenali sebagai Tok Mat, dikatakan bakal mengisi satu daripada dua jawatan timbalan perdana menteri.

Terdapat juga khabar angin mengatakan Presiden Warisan Shafie Apdal akan dilantik sebagai timbalan perdana menteri dalam Jemaah Menteri Anwar.

Anwar turut digesa supaya tidak menyenaraikan Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi dalam Jemaah Menteri dan Ahli Parlimen lain yang berdepan kes mahkamah yang sedang berjalan, termasuk Pengerusi DAP Lim Guan Eng dan Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta yang lain.

Bagaimanapun, semalam, bekas naib presiden PKR Tian Chua berkata, Zahid memainkan peranan penting dalam pembentukan kerajaan perpaduan, yang akhirnya menyaksikan BN bersetuju bekerjasama dengan PH, sebelum gabungan dan parti lain menyusuli selepas itu. FMT

2 TPM dalam 25 Jemaah Menteri Anwar – sumber


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker