Saintis bimbang varian Covid-19 akan datang lebih bahaya

CAPE TOWN –  Satu kajian baharu mendapati varian utama Covid-19 seterusnya dijangka membawa kesan lebih buruk berbanding varian ringan yang kini dominan di seluruh dunia,

Beberapa varian Omicon Covid-19 yang sangat mudah berjangkit muncul kira-kira hampir setahun lalu dan kadar mutasinya meningkat ke kemuncak di hampir setiap negara di dunia.

Ia membawa gejala yang jauh lebih ringan berbanding varian awal Covid-19.



Saintis-saintis percaya ini merupakan evolusi terakhir koronavirus kerana seperti juga virus lain, Covid-19 bermutasi untuk mengakibatkan simptom lebih ringan supaya ia lebih mudah menular.

Bagaimanapun, beberapa penyelidik di Afrika Selatan berkata, virus Covid-19 masih berpotensi menjadi lebih membawa maut selepas memeriksa seorang pesakit virus kurang imun (HIV) yang dijangkiti selama setengah tahun.

Lama kelamaan, virus Covid-19 dalam badan pesakit berevolusi dan menyebabkan lebih banyak sel mati dan gabungan sel berlaku.

Ini membawa kepada peningkatan radang paru-paru.



Kesan itu lebih mirip kepada varian asal Covid-19 berbanding varian Omicron, demikian menurut pakar virologi yang mengetuai kajian tersebut, Profesor Alex Sigal.

Pesakit yang dikaji adalah salah seorang penghidap varian Omicron yang paling lama di dunia. Virus itu dipercayai berkembang dalam badan seseorang yang lemah sistem imunitinya.

Pesakit yang imuniti badan mereka sangat lemah tidak dapat menghilangkan jangkitan secara menyeluruh dan membolehkan virus Covid-19 mereplikasi dan bermutasi dalam badan dari semasa ke semasa, sebelum versi baharunya merebak kepada orang lain.

Hasil penyelidikan di Afrika Selatan itu bagaimanapun mewakili hanya satu teori mengenai jangkitan masa hadapan Covid-19 dan perlindungan melalui vaksinasi.



Penemuan itu dibuat di tengah-tengah amaran mengenai wabak Covid-19 yang berterusan di China mungkin mencetuskan varian ‘hari kiamat’ sehingga dunia sekali lagi perlu memerangi koronavirus. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi



Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker