Pemuda PAS senaraikan 5 bukti DAP promosi Islamofobia

Pemuda PAS senaraikan 5 bukti DAP promosi Islamofobia

Dewan Pemuda PAS hari ini, mempertahankan kenyataan presidennya, Abdul Hadi Awang, yang mengaitkan DAP yang juga komponen Pakatan Harapan (PH) sebagai parti ekstrim dan mempromosi Islamofobia.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS, Hanafi Zulkapli, berkata kenyataan Abdul Hadi itu adalah berasaskan fakta yang menunjukkan perlakuan serta tindak tanduk pemimpin DAP menolak asas Perlembagaan Persekutuan, bersikap Islamofobik dan rasis.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di portal rasmi PAS, Harakahdaily, hari ini, Hanfi menyenaraikan beberapa tindakan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh DAP sebelum ini.

“Sehingga kini, DAP masih berpegang pada Deklarasi Setapak yang berhasrat mengubah status Bumiputera dalam Malaysia. Deklarasi tersebut tidak ditarik balik sehingga kini.

“Gesaan Senator Lantikan DAP, Nga Hock Cheh pada April 2019 untuk menggugurkan status kaum termasuk status Islam pada MyKAD, kononnya atas dasar mewujudkan identiti nasional.

“Pendirian Ngeh Koo Ham pada tahun 2014, yang menyatakan hak untuk murtad patut diberikan kepada orang Islam. Sehingga kini kenyataan tersebut tidak ditarik balik.

“Kenyataan Nga Kor Ming pada 14 November lalu sewaktu kempen PRU-15, yang menyatakan gabungan PN sebagai kerajaan Taliban hanya kerana ketegasan PAS berkenaan kawalan aktiviti maksiat.

“Kenyataan tokoh besar DAP, Lim Kit Siang pada Oktober lalu yang menyebut Malaysia tidak memerlukan Ketuanan Melayu, sebaliknya hanya perlukan Ketuanan Malaysia,” katanya.

Menurut Hanafi, semua kenyataan dan pendirian itu, jelas menunjukkan “sifat malignan DAP terhadap fabrik sosial negara”.

Semalam, Hadi Awang mendakwa demi kepentingan politiknya, DAP yang tidak berakidah dan tidak bermoral mula menunjukkan belangnya secara terbuka dan rakus.

Susulan itu, Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, jika benar DAP seperti apa yang dituduh, PAS seharus membuat laporan polis supaya pihak berkuasa boleh bertindak.

Sambil menggesa PAS dan pemipinnya supaya menghentikan supaya menghentikan penyebaran dakyah berbaur kebencian, dan kepalsuan, Fahmi mengingatkan parti itu supaya mematuhi nasihat Yang di-Pertuan Agong agar rakyat merapatkan saf demi masa depan Malaysia.

“Tak perlu tunggu Presiden PAS membuat laporan polis pun, rakyat sendiri sudah lama melaporkan perbuatan dan tindak-tanduk DAP untuk diambil tindakan mengikut lunas undang-undang,” kata Hanafi.

Dia seterusnya menyebut tentang laporan polis oleh NGO Islam pada 22 Februari lalu terhadap pemimpin DAP, P Ramasamy ke atas Majlis Agama Islam Perlis.

“Laporan polis oleh Pemuda PAS Malaysia pada 7 Julai tahun lalu terhadap kenyataan penghinaan oleh Lim Kit Siang berkaitan isu kerajaan Allah.

“Laporan polis oleh NGO Ummah pada 19 November lalu berkenaan kempen rasis oleh tokoh DAP, Hew Kuan Yew,” katanya lagi.

Sehubungan itu, pemimpin Pemuda PAS itu berkata, apa yang disebut oleh Hadi bukanlah suatu fitnah, dan presiden PAS itu hanya menyatakan perkara sebenar yang berlaku.

“Hakikatnya, PAS mengakui dan menjunjung perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong terhadap kerajaan hari ini.

“Semua kerajaan yang terbentuk dan mendapat perkenan Baginda adalah sah di sisi Perlembagaan, sama seperti mana kerajaan Perikatan Nasional yang terbentuk pada Mac 2020 walaupun dituduh kerajaan pengkhianat dan tebuk atap.

“Kebenaran itu pahit untuk ditelan. Namun sepahit mana kebenaran itu, ia harus diakui,” katanya.

Dia menambah sama seperti hakikat kerajaan hari ini dianggotai sebuah parti yang bersifat pesimis terhadap Islam dan bangsa Melayu, walau bagaimana pun cuba dinafikan, ia tidak pernah mengubah fakta sebenar halatuju dan perjuangan mereka. Mk

Pemuda PAS senaraikan 5 bukti DAP promosi Islamofobia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker