Kejutan dalam kabinet Anwar?

ENAM hari berlalu sejak Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim rasmi menjadi Perdana Menteri dan kini segala tumpuan terarah kepada pembentukan kabinet Kerajaan Perpaduan diketuainya.

Pastinya tidak mudah buat Ahli Parlimen Tambun itu untuk membuat keputusan segera, berhubung komposisi kabinet kecil yang akan menjadi tulang belakang kepada pemerintahan beliau untuk tempoh lima tahun akan datang.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu terlebih dahulu perlu berbincang dan membuat pertimbangan adil melibatkan semua parti yang menyatakan sokongan terhadap PH, pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) termasuk Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Warisan (Warisan) dan beberapa parti kecil lain.

Menariknya, terdapat pemerhati dan penganalisis politik berpandangan komposisi pelantikan jawatan menteri kabinet ditentukan mengikut parti secara ideal adalah berasaskan jumlah kerusi Parlimen dimenangi parti masing-masing pada PRU15. Atau dalam kata lain, nisbah menteri mengikut parti.

Oleh itu, PH yang dianggotai PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) wajar diberikan sekurang-kurangnya 12 jawatan menteri.

Namun Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Sidek berpendapat, pembentukan kabinet kecil seperti yang dimahukan Anwar harus diterjemahkan dengan formula representasi selain mengikut konvensyen partisipasi parti yang mendokong PH.

Yang dimaksudkan dengan formula representasi itu adalah berasaskan kaum (termasuk Sabah dan Sarawak), mewakili kaum minoriti, wanita, golongan rentan dan lain-lain representasi difikirkan sesuai,” katanya kepada Sinar Premium pada Selasa.

Tambahnya, selain mengikut representasi, pemilihan menteri yang menjadi kuasa prerogatif Perdana Menteri mestilah tinggi merit, berpengalaman dan mampu bekerjasama dengan penjawat awam yang berpengalaman luas dalam pengkhususan kementerian masing-masing.

“Ini akhirnya akan dapat mendatangkan polisi serta dasar yang dapat membantu dan menyelesaikan permasalahan rakyat dengan tuntas,” katanya lagi.

Dalam pada itu, tanpa menyatakan berapa jumlah wakil PH yang perlu ada dalam kabinet baharu tersebut, Fadhlina yakin Anwar akan menyusun kabinet kecil tetapi paling kuat bekerja serta efisien untuk memulihkan negara serta menyelesaikan isu-isu rakyat.

“Saya cukup yakin ia dapat dilaksanakan kerana ia bukan perkara yang baharu malah banyak negara telah mengamalkan kabinet kecil ini dalam rangka yang efektif dan efisien untuk mentadbir negara.

“Barangkali kita boleh menyusun semula agensi-agensi di bawah kementerian bagi tujuan penyelarasan agensi serta meningkatkan kefungsian jawatankuasa-jawatankuasa khas Parlimen untuk bersama-sama menjalankan tanggungjawab di bawah kementerian,” ujarnya lagi.

Bercakap soal kementerian kritikal yang perlu dalam kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar, Fadhlina menegaskan semua kementerian adalah penting kerana semuanya harus segera bekerja dan menyediakan pelan tindakan radikal untuk menyelamatkan negara.

“Pastinya semua kementerian saling terkait khususnya yang berhadapan dengan isu ekonomi rakyat serta kos sara hidup rakyat.

“Pada masa sama, saya juga ingin melihat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat diangkat sebagai kementerian kanan kerana kementerian ini adalah nadi kepada isu-isu rakyat,” ujarnya.

Paling penting kata Fadhlina, peruntukan kabinet kecil ini harus disokong dan didokong atas prinsip negara memerlukan kerajaan yang efektif, cekap serta mengurangkan karenah birokrasi dan pertelingkahan, bebas rasuah, tinggi integriti dan dapat mengurangkan kos pentadbiran dalam keadaan ekonomi yang memerlukan perhatian segera.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil berkata, salah satu perkara paling penting dalam proses pembentukan kabinet adalah memastikan nama-nama yang dicadangkan bagi mengisi kekosongan, wajib melalui parti dan bukan dipilih mana-mana individu.

Menurutnya, sekiranya senarai lantikan tidak melalui parti maka ia akan mewujudkan satu situasi tidak sihat yang disebut ‘parti dalam parti’.

“Jumlah dan siapa yang dipilih itu dua soalan penting, dan mengambil pengajaran dari tahun 2018 sewaktu pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin, kita tidak mahu terjadi situasi ‘parti dalam parti’,” katanya lagi.

Turut mengakui tugas membentuk kabinet dalam keadaan Kerajaan Perpaduan seperti yang ada sekarang bukan satu perkara mudah, Fahmi menzahirkan keyakinan Anwar mampu membuat keputusan terbaik dengan mengambil kira semua parti terlibat dalam PH.

“Keputusan akhir terletak di tangan Perdana Menteri yang mempunyai kuasa prerogatif bagi menentukan saiz dan komposisi kabinet.

“Walau bagaimanapun rupa barisan kabinet baharu itu nanti, apa yang paling penting adalah semua yang terpilih dapat dapat bekerja dengan baik dalam menyelesaikan pelbagai masalah rakyat,” katanya lagi.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai turut optimis hasrat perdana menteri yang mahu mengurangkan saiz kabinet antara lain bertujuan untuk menjimatkan wang rakyat mampu untuk direalisasikan.

“Saya percaya saiz kabinet lebih kecil tidak terlalu sukar untuk dilaksanakan. Kalau kita lihat pada tahun 2018, Yeo Bee Yinn mengetuai Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang pada tahun 2020 telah dipecah menjadi tiga,” katanya.

Beliau yang menyerahkan kepada kepimpinan dan wakil setiap parti terlibat soal komposisi kabinet menegaskan, yang penting bukan hanya jawatan sebaliknya siapa sahaja wakil yang dipilih harus bersedia menjalankan tugas menyelesaikan masalah rakyat.

Bagi penganalisis sosio politik dari Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, Anwar juga boleh menggabungkan empat kementerian lain dalam usaha untuk mengurangkan jumlah lantikan menteri kabinet.

Empat kementerian itu adalah Kementerian Kewangan digabungkan dengan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Kementerian Pendidikan digabungkan dengan Pengajian Tinggi.

Awang Azman berkata, dua kementerian yang digabungkan itu dan Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Pertahanan dinilai sebagai empat kementerian yang penting pada ketika ini kerana mempunyai kaitan langsung dengan kehidupan dan masalah dihadapi rakyat.

Misalnya, kata Awang Azman, Menteri Pendidikan bukannya bertanggungjawab kepada pendidikan formal dan pengajian tinggi sahaja, malah pendidikan tidak formal termasuk pra-sekolah serta pendidikan awal kanak-kanak.

“Menteri Dalam Negeri pula perlu segera dilantik bagi mengawal pelbagai kenyataan yang bersifat menghasut, fitnah yang dilihat seolah-olah berada di tahap di luar kawalan dan boleh mengancam keselamatan negara serta ketenteraman awam.

“Menteri Pertahanan pula perlu dilantik segera bagi mempertahankan kedaulatan negara daripada sebarang anasir luar tanpa kompromi.

“Menteri Kewangan pula perlu dilantik segera bagi mengatasi masalah ekonomi seperti kenaikan kos sara hidup dan harga barang yang dihadapi rakyat di luar sana,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker