Data pengguna WhatsApp Malaysia dijual di platform antarabangsa – MCCA
Data pengguna WhatsApp Malaysia dijual di platform antarabangsa – MCCA
Lebih 500 juta data pengguna platform WhatsApp terdedah termasuk 11.6 juta daripadanya adalah data pengguna di negara ini.
Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) Siraj Jalil berkata, data berkenaan dijual di sebuah forum penggodaman antarabangsa dengan nilai antara RM8,000 hingga RM30,000 bagi setiap set data.
“Ia merangkumi pengguna di 84 buah negara termasuk di negara ini di samping pengguna di Amerika Syarikat (AS) berjumlah 32 juta serta beberapa negara lain.
“Data pengguna berkenaan selalunya digunakan untuk taktik pancingan data pengguna atau ‘Phishing’ supaya penggodam dapat lebih banyak maklumat pengguna.
Menurutnya, pengguna untuk platform WhatsApp berkenaan berjumlah lebih dua bilion di seluruh dunia dan pengguna aktif sekali gus insiden kebocoran data berkenaan menimbulkan tanda tanya berhubung tahap keselamatan sistem pelayan mesej popular itu.
“Ini adalah salah satu bentuk pancingan data (Phishing) dan pengguna perlu sentiasa peka supaya tidak menjadi mangsa kepada individu yang tidak dikenali menyamar sebagai kenalan kita.
“Peranan pengguna sangat penting dalam mendepani ancaman siber ini supaya tidak mudah menjadi mangsa dan tidak mengharapkan 100 peratus kepada pihak berkuasa semata-mata,” katanya.
Bagaimanapun, penjual data berkenaan tidak menjelaskan bagaimana set data itu diperoleh namun hanya memaklumkan bahawa ia adalah strategi tertentu yang digunakan untuk memperoleh data berkenaan.
Sehingga kini, platform berkenaan masih tidak memberi maklum balas berhubung insiden terbabit. HM
Data pengguna WhatsApp Malaysia dijual di platform antarabangsa – MCCA
Baca Artikel Menarik:
- Himpunan desak Zahid undur dibatalkan
- Sendiri tak mahu letak jawatan, jangan minta orang lain berundur
- Operasi MYAirline bermula dengan tiket serendah RM48
- Tepati janji manifesto anda, TI-M beritahu Anwar
- PM umum GRS secara rasmi sertai Kerajaan Perpaduan
- Jangan simpan lagi, dedahkan nama 42 ahli Parlimen sokong PN – Shahrir
- Tok Mat bakal TPM?
- Anwar harus bentuk Jemaah Menteri berprestasi, disenangi
- Kerajaan Anwar tiada keabsahan moral – Faizal
- PAS akan bincang tawaran sertai kerajaan perpaduan
- Video panas, Ismail Izzani dikecam teruk
- PAU 2022 tiada pemilihan parti – Razlan
- TPM milik BN dan GPS – Anwar
- Annuar dilantik sebagai presiden Muafakat Nasional
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya
Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan
You must be logged in to post a comment.