DAP kena sabar jawab dakwaan ‘Islamofobia’ Hadi – Loke
DAP kena sabar jawab dakwaan ‘Islamofobia’ Hadi – Loke
DAP mengambil pendirian bersabar dan akan membuat penjelasan terhadap segala tuduhan dilemparkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang terhadap parti itu, kata setiausaha agungnya, Loke Siew Fook.
Katanya, Hadi didakwa cuba melaga-lagakan parti membentuk kerajaan perpaduan dengan tuduhan DAP menyebar dan mempromosikan Islamofobia.
Beliau berkata, jika ada tuduhan dan dakwaan Hadi tersebut berunsurkan fitnah, DAP akan membuat laporan polis.
“Itu memang cuba melaga-lagakan DAP, sudah tentu apa yang kita capai sekarang ini, kerajaan perpaduan, mereka nak laga-lagakan.
“Kena bersabar, akan buat penjelasan, kalau ada apa-apa perkara yang kami rasakan fitnah, maka kami akan buat laporan polis,” katanya menurut Utusan Malaysia.
Semalam, Hadi dilaporkan mendakwa DAP bersikap melampau iaitu walaupun cuba menipu dengan menampilkan ahli, calon dan pemimpin daripada wajah Melayu Islam, namun tidak boleh menghalalkan ideologinya yang bercanggah dengan Islam.
Ahli Parlimen Marang itu juga menuduh DAP sebenarnya menyebarkan fahaman Islamofobia terhadap golongan Bumiputera bukan Islam walaupun pemimpin parti itu pernah memohon maaf terhadap kesilapan lalu.
Susulan itu, Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil, menggesa Hadi membuat laporan polis susulan dakwaannya yang DAP mempromosikan Islamofobia kepada golongan bukan Islam di negara ini.
“Sewajarnya dilapor kepada polis, jika ia terbukti benar. Hentikanlah sebar kebencian, kepalsuan.
“Jika benar DAP seperti apa yang dituduh, buat laporan polis. Biar pihak berkuasa ambil tindakan,” katanya di Twitter. FMT
DAP kena sabar jawab dakwaan ‘Islamofobia’ Hadi – Loke
Baca Artikel Menarik:
- Tiada lagi projek tanpa tender, tegas Anwar
- DAP tidak akan kuasai kerajaan saya – Saarani
- Kemalangan pelik cetus kritikan di media sosial
- Data pengguna WhatsApp Malaysia dijual di platform antarabangsa – MCCA
- Hishammuddin, Ismail disertakan dalam Jemaah Menteri Anwar?
- Ismail nafi dakwaan perbelanjaan negara tidak direkod
- Adakah keangkuhan Muhyiddin punca PN gagal tawan Persekutuan, Perak dan Pahang?
- UMNO Perlu Kembali Kepada Disiplin Dan Hieraki Parti – Johari
- Pecah masuk restoran Zul Yahya, lelaki ditahan polis
- PAS akan bincang tawaran sertai kerajaan perpaduan
- Pusat hiburan tawar khidmat GRO diserbu
- Presiden paling lama berkuasa di dunia menang pilihan raya lagi
- Safawi, Syifa sah bergelar suami isteri
- Shila Amzah pekak sebelah, alami jangkitan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi
Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim