Punca Shila Amzah ‘tewas’ di GV9

Punca Shila Amzah ‘tewas’ di GV9

Penyanyi Shila Amzah reda apabila tidak dapat memberikan persembahan terbaik di pentas akhir Gegar Vaganza musim 9 (GV9) gara-gara mengalami masalah pada suara.

Shila berkata, suaranya mengalami masalah pada Ahad pagi hingga menyebabkan dirinya mengalami kesukaran untuk menyanyi.

“Sejak Rabu lalu telinga saya dah mula pekak sebelah sebab ada bengkak, dan berlaku jangkitan.

“Kemudian pada sesi latihan pertama pada hari Jumaat saya masih rasa sama, tapi Alhamdulillah sewaktu separuh akhir Muzik Muzik 37 Sabtu lalu, suara saya sudah baik. Tapi, saya tak tahu kenapa tiba-tiba macam rasa tak selesa semula.

“Ahad pagi saya dah hilang suara saya, tapi tak mampu buat apa. Perlu teruskan juga.

“Sudah pasti saya rasa kecewa, namun rasa kecewa itu lebih kepada tidak dapat berikan persembahan yang terbaik, bukan kecewa dengan keputusan,” katanya ketika ditemui selepas konsert final GV9 yang berlangsung dari dewan Auditorium MBSA Shah Alam, semalam.

Menurut Shila, dia tidak melihat kesibukannya apabila perlu bertanding dalam dua acara besar minggu ini sebagai faktor masalah suara yang dihadapi.

“Pada pusingan solo saya memang dah rancang untuk kedua-dua lagu terbabit saya dapat lakukan dalam keadaan suara yang sihat.

“Apapun berbalik kepada rezeki yang Allah tetapkan. Secara jujur, saya tak rasa suara hilang ini disebabkan terlalu banyak menyanyi atau latihan.

“Sebabnya sejak sertai GV saya memang akan berlatih menyanyi setiap hari. Selain itu saya juga aktif bersenam dan main badminton, itu adalah sebahagian daripada rutin harian saya,” katanya.

Semalam Shila dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga GV9 dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000, pakej percutian ke Seoul, Korea Selatan, pakej penginapan di Pulau Pinang beserta trofi.

Pentas akhir GV9 menyaksikan Shila membawakan lagu Secret Love Song dan Tak Ada Logika pada pusingan solo.

Sementara itu, pada pusingan battle pula, Shila digandingkan dengan Tomok menerusi lagu To Legit To Quit dan Party Sampai Pagi. HM

Punca Shila Amzah ‘tewas’ di GV9


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker