DAP fitnah PAS, promosi Islamofobia – Hadi
DAP fitnah PAS, promosi Islamofobia – Hadi
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mendakwa DAP mempromosikan Islamofobia dengan memfitnah parti Islam itu.
“Demi kepentingan politiknya, DAP yang tidak berakidah dan tidak bermoral mula menunjukkan belangnya secara terbuka dan rakus.
“Hal ini terserlah apabila mereka melakukan fitnah terhadap Islam dengan membaling batu di tengah khalayak pada waktu siang hari yang terang, khususnya terhadap Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
“PAS menjadi sasarannya apabila melihat kemaraan PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sehingga berjaya mencapai jumlah kerusi tertinggi dalam kalangan semua parti secara berasingan termasuk DAP dan semua parti yang menjadi alat DAP dalam PH,” tulis Hadi di Facebook hari ini.
Untuk rekod, PAS menang 44 kerusi parlimen, manakala DAP memperoleh 40 kerusi parlimen pada PRU baru-baru ini.
Hadi tidak menyatakan punca kemarahan terbarunya terhadap DAP, tetapi ia dipercayai berikutan laporan polis oleh pemimpin Amanah terhadap video berunsur perkauman yang dikeluarkan penyokong PAS semasa dan selepas PRU15.
Import pandangan orientalis, media Barat
Hadi seterusnya mendakwa DAP ‘mengimport’ pandangan para orientalis dan media Barat yang paling bermusuh serta berbohong terhadap Islam.
Parti itu juga katanya menggunakan ‘Melayu bodoh dan Melayu liberal’ yang ditolak oleh Islam sebagai jurucakapnya.
“Apakah hak DAP untuk menegur kerajaan PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah yang mengharamkan arak kepada penganut Islam sahaja dan diberikan kebebasan kepada bukan Islam? Adakah tindakan ini melampau?
“Sebenarnya, DAP yang melampau, walaupun mereka cuba menipu dengan menampilkan ahli, calon dan pemimpin daripada wajah Melayu Islam.
“Namun, ia sekali-kali tidak boleh menghalalkan ideologinya yang bercanggah dengan Islam, laksana tidak boleh menghalalkan daging babi walaupun tukang masaknya berwajah Islam, berkopiah dan berserban. Mk
DAP fitnah PAS, promosi Islamofobia – Hadi
Baca Artikel Menarik:
- Himpunan desak Zahid undur dibatalkan
- Sendiri tak mahu letak jawatan, jangan minta orang lain berundur
- Operasi MYAirline bermula dengan tiket serendah RM48
- Tepati janji manifesto anda, TI-M beritahu Anwar
- PM umum GRS secara rasmi sertai Kerajaan Perpaduan
- Jangan simpan lagi, dedahkan nama 42 ahli Parlimen sokong PN – Shahrir
- Tok Mat bakal TPM?
- Anwar harus bentuk Jemaah Menteri berprestasi, disenangi
- Kerajaan Anwar tiada keabsahan moral – Faizal
- PAS akan bincang tawaran sertai kerajaan perpaduan
- Video panas, Ismail Izzani dikecam teruk
- PAU 2022 tiada pemilihan parti – Razlan
- TPM milik BN dan GPS – Anwar
- Annuar dilantik sebagai presiden Muafakat Nasional
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan
You must be logged in to post a comment.