Bersih tolak kluster mahkamah sertai kabinet

Bersih tolak kluster mahkamah sertai kabinet

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menolak dengan tegas sebarang pelantikan mana-mana wakil rakyat yang sedang menjalani pendakwaan jenayah ke sebarang jawatan kabinet.

Menerusi satu kenyataan, hari ini, Bersih berkata ini kerana hal yang demikian boleh akan menjejaskan integriti dan kepercayaan rakyat terhadap Jabatan Peguam Negara (AGC) dan badan kehakiman.

Bersih juga mengingatkan bahawa gerakan politik sedemikian boleh menimbulkan keraguan terhadap integriti kerajaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan mencemarkan reputasi negara.



Anwar Ibrahim, Perdana Menteri
“Bersih berpandangan bahawa sehingga dan melainkan kedua-dua pihak pendakwaan dan kehakiman benar-benar bebas daripada pengaruh politik, ahli politik yang masih mempunyai kes mahkamah mengambil jawatan eksekutif adalah langsung tidak boleh diterima.

“Ini kerana sebarang pembebasan akan dilihat sebagai pemberian pengampunan kepada mereka yang di pihak Eksekutif, sekalipun jika kes mereka secara meritnya layak dibebaskan.

“Hal ini akan melumpuhkan keyakinan rakyat terhadap kedua-dua AGC dan kehakiman,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh jawatankuasa pemandu Bersih, hari ini.

Bersih juga meluahkan kebimbangan dengan cadangan pihak tertentu dan individu supaya Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dipertimbangkan untuk jawatan timbalan perdana menteri dalam pembentukan kabinet baru nanti.



“Zahid masih dalam perbicaraan untuk 47 pendakwaan jenayah pecah amanah dalam kes Yayasan Akalbudi.

“Walaupun beliau telah dibebaskan daripada 40 tuduhan rasuah skim visa VLN oleh Mahkamah Tinggi pada 22 September lalu, pasukan pendakwaan juga telah mengemukakan rayuan untuk kes tersebut,” kata Bersih.

Bersih juga menggesa semua parti dalam kerajaan campuran supaya mengelak daripada menamakan individu yang sedang berdepan dengan kes mahkamah untuk pertimbangan perdana menteri.

“Wakil rakyat yang sedang menjalani kes rasuah seperti (Pengerusi DAP) Lim Guan Eng, Presiden Muda) Syed Saddiq dan (Pengerusi BN Sabah) Bung Mokhtar Radin, tidak boleh dilantik ke dalam kabinet sehingga kes mereka selesai sepenuhnya oleh mahkamah tanpa sebarang campur tangan Eksekutif melalui Jabatan Peguam Negara,” kata Bersih.



Badan pemantau pilihan raya itu juga mengulangi keperluan mendesak untuk mereformasi AGC dengan memisahkan kuasa mendakwa kepada sebuah jabatan pendakwaraya yang bebas.

“Sebagai langkah segera, peranan pendakwaan perlu dipindahkan sementara Peguam Cara Negara, jawatan kedua yang tidak politik di Jabatan Peguam Negara.

“Ini untuk mengambil pendirian neutral terhadap semua kes yang sedang berjalan, terutamanya melibatkan ahli politik.

“Pengurusan kes-kes ini tidak boleh dijadikan alat tawar-menawar untuk pembentukan kerajaan atau kabinet,” katanya lagi. Mk

Bersih tolak kluster mahkamah sertai kabinet


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker