Obor-obor ‘serang’ Pantai Batu Hitam
Obor-obor ‘serang’ Pantai Batu Hitam
KUANTAN – Pengunjung Pantai Batu Hitam di sini digemparkan dengan serangan obor-obor apabila lebih 100 ekor hidupan air paling berbisa itu muncul di sepanjang pantai berkenaan sejak petang semalam.
Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuantan, Leftenan Norisman Idris berkata, kemunculan obor-obor putih itu disedari petugas pantai ketika melakukan latihan di persisiran pantai terbabit.
Katanya, salah seorang petugas APM juga turut tercedera apabila terkena sengatan obor-obor putih terbabit.
“Hasil tinjauan pagi ini mendapati tiada obor-obor yang banyak muncul seperti yang berlaku petang semalam tetapi kami tetap mengambil langkah berjaga-jaga dengan meletakkan papan tanda amaran dan bendera merah di kawasan di kesan terdapat obor-obor.
“Selain itu, lima petugas pantai juga akan memberi peringatan kepada pengunjung supaya tidak menghampiri kawasan pantai kerana bimbang akan terkena sengatan obor-obor,” katanya di sini hari ini.
Menurut Norisman, kemunculan sekumpulan obor-obor sekitar 10 meter di pesisiran pantai Batu Hitam itu merupakan kejadian kedua berlaku pada tahun ini.
Beliau memberitahu setakat ini pihaknya hanya menerima laporan kemunculan obor-obor di Pantai Batu Hitam di negeri ini.
“Sekarang ini adalah musim obor-obor naik ke pantai justeru kita minta agar pengunjung sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga serta mengawasi anak masing-masing,”katanya.
Sementara itu Pengarah Jabatan Perikanan Negeri, Abdullah Jaafar menasihatkan pengunjung pantai supaya tidak sesekali menyentuh obor-obor dan menjauhi kawasan yang terdapat hidupan berbisa itu.
“Nasihat ini bagi mengelakkan risiko kerana khuatir terdapat obor-obor yang berbahaya seperti ‘Hydrozoan jellyfish’ atau Portugese Man o’ War dan ‘Cubozoan jellyfish’ atau Box jellyfish yang sengatannya sangat beracun dan boleh mendatangkan kesan kecederaan teruk atau menyebabkan kematian,” ujarnya. K Online
Obor-obor ‘serang’ Pantai Batu Hitam
Baca Artikel Menarik:
- Himpunan desak Zahid undur dibatalkan
- Sendiri tak mahu letak jawatan, jangan minta orang lain berundur
- Operasi MYAirline bermula dengan tiket serendah RM48
- Tepati janji manifesto anda, TI-M beritahu Anwar
- PM umum GRS secara rasmi sertai Kerajaan Perpaduan
- Jangan simpan lagi, dedahkan nama 42 ahli Parlimen sokong PN – Shahrir
- Tok Mat bakal TPM?
- Anwar harus bentuk Jemaah Menteri berprestasi, disenangi
- Kerajaan Anwar tiada keabsahan moral – Faizal
- PAS akan bincang tawaran sertai kerajaan perpaduan
- Video panas, Ismail Izzani dikecam teruk
- PAU 2022 tiada pemilihan parti – Razlan
- TPM milik BN dan GPS – Anwar
- Annuar dilantik sebagai presiden Muafakat Nasional
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya
Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan
Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani