Pencuri kebas syiling emas RM7.5 juta

Pencuri kebas syiling emas RM7.5 juta

MUNICH, JERMAN – Sekumpulan pencuri memecah ma­suk ke dalam sebuah muzium di Jerman dan melarikan duit syiling emas Celtic bernilai kira-kira €1.6 juta (RM7.5 juta) dalam masa hanya sembilan minit, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin.

Beratus-ratus syiling itu dirompak dari muzium yang terletak di bandar Manching, negeri Bavaria, pada tengah malam, kata polis.

Tambah polis, kumpulan perompak itu merosakkan sistem penggera muzium kerana sejurus sebelum kecurian berlaku, kabel internet telah dimatikan yang menyebabkan bekalan elektrik ke seluruh bangunan muzium terputus.

Sistem penggera tidak berbunyi apabila pintu muzium dikopak.

Kecurian itu disedari kakitangan muzium State Archaeological Collection yang melihat kaca pecah di atas lantai selain duit syiling turut hilang daripada bekas pameran pada keesokan paginya.

Bekas pameran kedua turut dipecahkan. Polis mengesyaki kecurian itu melibatkan jenayah terancang dan kemungkinan ada kaitan dengan kes rompakan sebelum ini.

Pada 2017, sebilangan ­syiling emas seberat 100 kilogram dilarikan dari sebuah muzium di Berlin. Dua tahun kemudian, perompak mengambil 21 barang kemas dan barang berharga lain di muzium Green Vault, Dresden.

Namun, polis tidak dapat mengesahkan sama ada terdapat kaitan antara insiden itu.

“Jelas tidak semudah itu untuk mereka berjalan masuk ke dalam muzium serta mengambil khazanah di dalamnya.

“Ia dikawal ketat dan agak munasabah untuk kita mengandaikan bahawa kita sedang berdepan dengan kes jenayah terancang,” kata Menteri Sains dan Seni Bavaria, Markus Blume. K Online

Pencuri kebas syiling emas RM7.5 juta


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker