Usul undi percaya di Parlimen 19 Disember ini – Anwar

Usul undi percaya di Parlimen 19 Disember ini – Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin dengan majoriti dimiliki Kerajaan Perpaduan dan bersedia menguji keabsahannya di Parlimen.

Katanya, beliau bersedia berbuat demikian dengan mengusulkan undi percaya pada hari pertama sidang Parlimen pada 19 Disember depan.

“Saya ingin menyatakan kesediaan menguji keabsahan Kerajaan Perpaduan di Parlimen.

“Saya ingin jelaskan di sini bahawa kita menetapkan sidang parlimen pada 19 hari bulan ini dan usul pertama selain angkat sumpah adalah usul dari kerajaan undi percaya.,” katanya dalam sidang media pertama sebagai Perdana Menteri sebentar tadi.

Beliau berkata, sepatutnya isu keabsahan tidak berbangkit kerana Kerajaan Perpaduan memiliki majoriti mencukupi.

“Penyertaan setakat ini sehingga sebelum saya mengangkat sumpah adalah membabitkan tiga komponen terbesar iaitu Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan GPS.

“Pakatan Harapan sebagai blok terbesar, diikuti BN dan GPS. Saya dapat pengesahan daripada Tan Sri Abang Johari Tun Openg bahawa mereka bersama dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya. K Online

Usul undi percaya di Parlimen 19 Disember ini – Anwar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dari mana Muhyiddin ada ‘puluhan juta’, warganet tanya Annuar

Pemain Arab Saudi terima hadiah Rolls Royces Phantom

Kami tak jual prinsip parti – Azalina

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker