Tindakan Muhyiddin cabar keabsahan Anwar sebagai PM dipersoal

Tindakan Muhyiddin cabar keabsahan Anwar sebagai PM dipersoal

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoal tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar keabsahan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Beiau berkata, sikap Muhyiddin itu dilihat seolah-olah mencabar titah Yang di-Pertuan Agong yang telah memperkenan bagi melantik Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu sebagai Perdana Menteri ke-10.

“Tetapi PM (Perdana Menteri) akan bawa usul kerajaan di sidang Parlimen 19 Disember akan datang. Ia akan tentukan keabsahan “simple majority” Anwar sebagai PM.

“Apa yang mengejutkan, Muhyiddin dedah ada 10 MP (Ahli Parlimen) Barisan Nasional (BN) buat SD (akuan bersumpah) sokong dia jadi PM ke 10. Viral nama 10 MP BN termasuk (Datuk Seri) Hishammuddin.

“Tetapi 10 MP BN (6 MP UMNO) itu sudah tarik diri daripada sokong Muhyiddin melalui SD baru. Kalau tolak 10, maka 115 orang yang sokong Muhyiddin kini tinggal 105 MP sahaja,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Menurut Mohd Puad lagi, 10 Ahli Parlimen BN yang menarik diri itu adalah disebabkan telah menandatangani SD di hadapan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pesuruhjaya Sumpah ketika bersetuju menjadi calon.

Tambahnya, keterangan SD di nombor tiga iaitu ‘Akuan Penetapan Ketua Kerajaan’ menyebut mereka bersetuju memberikan mandat kepada pemimpin utama parti merundingkan pembentukan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum (PRU).

“Kedua, mengikut Bahagian Ke 2 Seksyen 193 Kanun Keseksaan Akta (574) mereka boleh dipenjara sampai tiga tahun dan denda jika membuat SD lain. Sebab itu mereka tarik diri.

“Akibatnya ‘scheme of thing’ Muhyiddin gagal. Apakah kini giliran Muhyiddin jadi PM tepi?,” jelasnya.

Semalam, Anwar pada sidang medianya yang pertama menyatakan, kesediaannya menerima cabaran Muhyiddin apabila mahu keabsahannya sebagai Perdana Menteri dibuktikan di Dewan Rakyat 19 Disember depan.

Malah, beliau juga telah meminta Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) untuk mengemukakan usul undi percaya kepadanya pada sidang Parlimen itu.

Perkara itu dinyatakan oleh Anwar susulan Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mencabar beliau mengemukakan jumlah sokongan yang dimilikinya untuk dilantik ke jawatan itu. MG

Tindakan Muhyiddin cabar keabsahan Anwar sebagai PM dipersoal


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker