Jururawat terselamat, pokok tumbang hempap kereta

Jururawat terselamat, pokok tumbang hempap kereta

Seorang jururawat bernasib baik selepas keretanya dihempap pokok tumbang di kawasan parkir Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) Likas, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, pemilik kereta Perodua Axia itu baru saja meletakkan keretanya dan dikatakan sedang berjalan menuju bangunan hospital berkenaan.

Bagaimanapun, jururawat wanita terbabit terkejut selepas dimaklumkan kereta miliknya dihempap pokok tumbang.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Kinabalu, Kapten (PA) Mohd Hazle Shah Abd Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.53 petang.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai APM Kota Kinabalu terus dikerah bergerak ke lokasi untuk membantu.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan operasi mendapati kereta Perodua Axia rosak pada bahagian tempat duduk pemandu akibat dihempap pokok tumbang.

“Pasukan operasi kemudiannya menjalankan operasi memotong dan mengalihkan pokok tumbang menggunakan peralatan gergaji rantai,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, tiada kecederaan dilaporkan dan operasi tamat jam 5.01 petang. HM

Jururawat terselamat, pokok tumbang hempap kereta


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dari mana Muhyiddin ada ‘puluhan juta’, warganet tanya Annuar

Pemain Arab Saudi terima hadiah Rolls Royces Phantom

Kami tak jual prinsip parti – Azalina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker