Fokus bina negara bersama – Khairuddin
Fokus bina negara bersama – Khairuddin
Semua parti dan pemimpin politik disaran supaya berdamai dan memberikan fokus kepada usaha membina negara secara bersama selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, dalam politik tidak mustahil musuh pada masa ini akan menjadi rakan pada kemudian hari.
“Sarungkan pedangmu. Sebab itulah jangan terlalu ekstrem berpolitik. Besederhana pada sayang dan benci. Usah diserang individu dan peribadi.
“Dalam politik, musuh hari ini mungkin adalah rakan keesokkannya kerana ia hanyalah ‘musuh berpolitik idea’, bukannya musuh memecahkan saudara,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.
Menurutnya, sudah cukup untuk parti politik bersengketa dan kini tiba masanya untuk memberi fokus terhadap usaha membangunkan negara.
Katanya, berbeza dan berselisih hanya pada idea dan pandangan serta tidak wajar untuk memutuskan tali persaudaraan.
Malah, tidak wajar untuk melondeh-melondehkan sesiapa serta tidak perlu menggelar sesiapa juga dengan gelaran yang buruk.
“Cukup-cukuplah bersengketa. Sarunglah kembali pedang dan keris. Pilihanraya pun telah berakhir. Mari kita membina kembali negara secara bersama. Bersatulah, moga negara tercinta kita ini diberkati Allah,” katanya.
Semalam, ketidaktentuan politik yang berlaku dalam negara selepas Pilihan Raya Umum ke-15 susulan tergantungnya pembentukan kerajaan Persekutuan berakhir apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. MG
Fokus bina negara bersama – Khairuddin
Baca Artikel Menarik:
- Himpunan desak Zahid undur dibatalkan
- Sendiri tak mahu letak jawatan, jangan minta orang lain berundur
- Operasi MYAirline bermula dengan tiket serendah RM48
- Tepati janji manifesto anda, TI-M beritahu Anwar
- PM umum GRS secara rasmi sertai Kerajaan Perpaduan
- Jangan simpan lagi, dedahkan nama 42 ahli Parlimen sokong PN – Shahrir
- Tok Mat bakal TPM?
- Anwar harus bentuk Jemaah Menteri berprestasi, disenangi
- Kerajaan Anwar tiada keabsahan moral – Faizal
- PAS akan bincang tawaran sertai kerajaan perpaduan
- Video panas, Ismail Izzani dikecam teruk
- PAU 2022 tiada pemilihan parti – Razlan
- TPM milik BN dan GPS – Anwar
- Annuar dilantik sebagai presiden Muafakat Nasional
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya
Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan