Ahli Parlimen langgar arahan patut letak jawatan, bukan Zahid – Nur Jazlan

Ahli Parlimen langgar arahan patut letak jawatan, bukan Zahid – Nur Jazlan

Ahli Parlimen Umno yang melanggar arahan parti untuk memberi sokongan kepada calon perdana menteri bukan didokong Barisan Nasional (BN) patut meletak jawatan, kata Ketua Umno Pulai Nur Jazlan Mohamed.

Katanya, ini kerana kesemua Ahli Parlimen menang pada pilihan raya umum telah menandatangani akujanji dan memberi mandat kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk menentukan apa-apa gabungan politik dalam penubuhan kerajaan.

Beliau juga mengingatkan supaya wakil rakyat BN tidak “bermain kotor” mendesak Zahid berundur sebagai presiden dan pengerusi BN, selain mahu memanipulasi ahli parti dan rakyat yang telah mengundi.

“Saya menganggap bahawa Ahli Parlimen BN yang bertentangan dengan presiden mengenai perkara ini secara terbuka sebenarnya ingin dipecat dari parti dengan sengaja supaya mereka dapat menjadi Ahli Parlimen bebas dan supaya mereka dapat memberi sokongan kepada calon perdana menteri yang bukan didokongi BN.

“Saya juga mendesak Ahli Parlimen BN ini supaya meletak jawatan sekiranya mereka ikhlas dalam perjuangan politik mereka dan demi kepentingan dan hala tuju Umno dan BN,” katanya menurut Getaran.

Nur Jazlan seperti mana kenyataan Zahid sebelum ini menyatakan kerusi dimenangi calon bertanding adalah milik parti, bukan individu seperti mana termaktub dalam akujanji ditandatangani.

Semalam, Zahid menegaskan bahawa mana-mana Ahli Parlimen melanggar arahan parti akan dilepaskan keahlian, termasuk kerusi Parlimen selaras dengan undang-undang anti-lompat parti.

Terdahlu, Bendahari BN Hishammuddin Hussein mengulangi pendirian menolak sebarang kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) sambil menambah rela dipecat berhubung kenyataan itu.

“Saya rela dipecat oleh parti namun tidak akan sesekali mengubah pendirian teguh ini,” katanya yang juga Ahli Parlimen Sembrong.

Semalam juga berlaku pertemuan antara pemimpin BN dan PH di Hotel Seri Pacific dalam usaha pembentukan kerajaan pusat baharu selepas PH menang 82 kerusi. BN pula mempunyai 30 kerusi.

Hari ini, pemimpin parti dan ketua gabungan perlu mencadangkan calon perdana menteri, pada 2 petang, selepas Yang di-Pertuan Agong memperkenan lanjutan masa seperti dipohon BN, semalam.

Kerjasama BN-PH berjaya direalisasikan menerusi pembentukan kerajaan Perak selepas ADUN Kota Tampan dari Umno, Saarani Mohamad kembali mengangkat sumpah sebagai menteri besar, semalam.

Di DUN Perak, BN menang sembilan kerusi, manakala PH 24 kerusi dan Perikatan Nasional 26. FMT

Ahli Parlimen langgar arahan patut letak jawatan, bukan Zahid – Nur Jazlan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Punca kekalahan sebenar UMNO

UMNO perlu ‘total reset’, ini kesalahan presiden hingga bawahan – Akmal Saleh

Seram dengan kerajaan kesatuan ummah PN, BN, GPS dan GRS, Kit Siang desak PH agar kerjasama dengan PN

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker