Wajarkah BN biarkan Parlimen tergantung? – Asyraf

Wajarkah BN biarkan Parlimen tergantung?-Asyraf

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki secara peribadi menegaskan bahawa Barisan Nasional (BN) boleh kekal sebagai pembangkang untuk semak dan imbang.

Namun persoalannya kata beliau, adakah kerajaan boleh dibentuk tanpa BN dan wajarkah parti itu membiarkan negara berada dalam keadaan parlimen tergantung.

Kata Asyraf, walaupun ketika ini BN yang disumpah seranah, dikecam, ditohmah dan difitnah dengan pelbagai label dan gelaran, namun akhirnya kepimpinan diminta pula menilai tawaran-tawaran yang ditawarkan oleh Pakata Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) hanya untuk membolehkan kerajaan dibentuk.

“Apa-apapun prinsip BN tetap satu, apa jua tawaran sama ada daripada PH atau PN akan dinilai dan diperhalusi berpandukan kepada prinsip asas iaitu jika membawa kebaikan dan manfaat kepada Kestabilan dan Kemakmuran untuk rakyat dan negara,” katanya pada hantaran di laman Facebook.

Mengulas lanjut Asyraf berkata, ketika ini beliau juga sedang bermesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur. K Online

Wajarkah BN biarkan Parlimen tergantung?-Asyraf


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Punca kekalahan sebenar UMNO

UMNO perlu ‘total reset’, ini kesalahan presiden hingga bawahan – Akmal Saleh

Seram dengan kerajaan kesatuan ummah PN, BN, GPS dan GRS, Kit Siang desak PH agar kerjasama dengan PN

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker