Tok Mat cadang PH dan PN bersatu tubuh kerajaan, BN sedia jadi pembangkang yang kuat

 

Timbalan Presiden Ummo Tok Mat mencadangkan agar Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) menubuhkan kerajaan untuk menyelesaikan kebuntuan politik susulan parlimen tergantung.

Katanya, BN menerima keputusan rakyat yang menolak gabungan itu dan mereka bersedia menjadi pembangkang.

“Kami (BN) ini tak ada kuasa untuk menubuhkan kerajaan.

“Saya cadangkan biarlah PN dan PH bergabung tubuh kerajaan sebab mereka mendapat bilangan nombor undi yang lebih tinggi.

“BN bersedia menjadi pembangkang yang bertanggungjawab ‘check and balance’ kerajaan baru,” katanya dalam kenyataan di Facebook malam ini.

Bagaimanapun, kata Mohamad, sekiranya bantuan BN diperlukan dalam waktu peralihan pasca-PRU15, mereka tetap sedia menyumbang kepada “pembukaan bicara yang ikhlas dan terbuka”.

“Kalau masih tak dapat juga tubuh kerajaan, tolong jangan salahkan kami. Ini hasil daripada proses yang demokratik, untuk memulangkan mandat kepada rakyat. Kami hanya menghormati keputusan itu.

“Semoga Malaysia sentiasa berada dalam peliharaan Allah SWT jua,” katanya

Kenyataan Mohamad itu hadir ketika gabungan-gabungan parti politik utama sedang cuba mengumpulkan majoriti 112 undi untuk menubuhkan kerajaan persekutuan baru.

Pengundian Sabtu lalu menyaksikan tiada mana-mana parti atau gabungan mempunyai majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan. PH menang di 82 kerusi, PN 73 kerusi manakala BN mempunyai 30 kerusi.

Susulan itu, pemimpin PH dan BN mengadakan pertemuan di Hotel Seri Pacific hari ini bagi merangka persetujuan untuk bekerjasama.

PH dan BN telah pun bergabung untuk menyelesaikan dewan undangan negeri tergantung di Perak dengan Saarani Mohamad dari BN mengekalkan jawatan menteri besar, manakala kerajaan BN-PH di Pahang juga dilapor sudah dimuktamadkan.

Sementara PN mendapat sokongan GPS yang menang di 22 kerusi, selain GRS yang memegang enam kerusi.

Yang di-Pertuan Agong melanjutkan masa hingga 2.00 petang esok untuk mana-mana gabungan memaklumkan majoriti yang berjaya diraih.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Punca kekalahan sebenar UMNO

UMNO perlu ‘total reset’, ini kesalahan presiden hingga bawahan – Akmal Saleh

Seram dengan kerajaan kesatuan ummah PN, BN, GPS dan GRS, Kit Siang desak PH agar kerjasama dengan PN

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker