PH atau PN, MT UMNO akan bermesyuarat malam ini

 

PETALING JAYA: Majlis Tertinggi (MT) UMNO dijangka mengadakan perbincangan pada malam ini, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pembentukan kerajaan.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

“Saya dimaklumkan malam ini ada mesyuarat MT. Saya nak tanya orang UMNO Johor, sanggupkah kita bersekongkol dengan PH-DAP?,” ciapnya dalam satu hantaran di Twitter, hari ini.

Terdahulu, Barisan Nasional (BN) belum membuat sebarang keputusan untuk menyokong Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan.

Desas-desus kerjasama BN dan PH sedang bertiup kencang apabila pemimpin kedua-dua gabungan itu dikatakan mengadakan perjumpaan di sebuah hotel di ibu negara hari ini.

Dalam itu, PN pula memaklumkan mereka sudah menghantar akuan bersumpah (SD) kepada Istana Negara, dengan jumlah yang menyokong melebih 112 SD.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker