Hadi tunggu undangan Istana

Hadi tunggu undangan Istana

Hadi Awang berkata beliau sedang menunggu undangan, tidak lama selepas Perikatan Nasional mengumumkan ia sudah menghantar lebih daripada 112 akuan berkanun kepada Istana Negara.

“Kami dah cukup. Kami dah hantar. Tunggu untuk diundang,” kata presiden PAS di Facebook.

Terdahulu, Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin dalam kenyataan media berkata gabungan itu telah menyerahkan lebih daripada 112 akuan berkanun menyokong Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri, kepada Agong.



Bagaimanapun, sebelum itu, Pengerusi Barisan Nasional, Zahid Hamidi, yang juga presiden Umno, mengumumkan sebarang akuan berkanun yang ditandatangani oleh wakil-wakil rakyat gabungan itu sebelum ini adalah tidak sah.

Dalam perkembangan lain, seorang pegawai komunkasi kepada Ahli Parlimen Sembrong berkata satu kenyataan media tular mendakwa Hishammuddin Hussein dan sembilan wakil rakyat Umno menyokong Muhyiddin adalah palsu. FMT

Hadi tunggu undangan Istana


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker