BN mungkin buat keputusan esok- MIC MCA
BN mungkin buat keputusan esok- MIC MCA
Tiada keputusan dicapai berhubung kerjasama untuk menubuhkan kerajaan baharu, selepas Dewan Tertinggi Barisan Nasional selesai bermesyuarat petang ini.
Presiden MIC, SA Vigneswaran berkata, BN akan mempertimbangkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH), dan keputusan mungkin dibuat esok.
Ditanya pendirian MIC berhubung dua gabungan itu, katanya, parti itu akan mematuhi keputusan Dewan Tertinggi BN.
Sementara itu Presiden MCA Wee Ka Siong berkata belum ada sebarang keputusan melibatkan kerjasama antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.
Ahli Parlimen Ayer Hitam itu berkata, perbincangan bagi kerjasama antara kedua-dua parti akan diteruskan di peringkat Dewan Tertinggi BN.
“Saya tak boleh maklumkan apa-apa kerana belum ada kata putus,” katanya.
Mengenai mesyuarat antara pemimpin BN dan PH di Hotel Seri Pacific pagi tadi, Wee menjelaskan kehadirannya bagi memenuhi notis jemputan mesyuarat dengan Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, kehadiran pemimpin PH untuk mesyuarat itu tidak diketahuinya sama ada ia kebetulan atau tidak.
Ketika ditanya pendirian MCA mengenai kerjasama PH-BN, Wee berkata pihaknya masih melihat semua kemungkinan.
“Jadi setakat ini belum muktamad, kita akan buat keputusan bersama esok,” katanya.
BN mungkin buat keputusan esok- MIC MCA
Baca Artikel Menarik:
- Saarani kekal MB Perak, angkat sumpah hari ini
- Gabungan kerajaan negeri BN, PH di Pahang – sumber
- Khairy tewas PRU15, menang di hati rakyat
- SD tak sign lagi. Kita cuma borak-borak dengan PH – Ismail
- Gabungan politik dibentuk tak perlu libat DAP – Umno Johor
- MIC tak tolak idea kerajaan campuran BN, PH
- 30 Ahli Parlimen BN bermesyuarat hari ini – Ahmad Maslan
- Hanya dewan tertinggi BN boleh buat keputusan – Ismail
- Beri peluang KJ tanding DUN Rantau, jadi ‘poster boy’ MB Negeri Sembilan – Puad
- Kepit payudara, Sharifah Sakinah malukan diri
- Turkiye serang utara Syria
- Tiba-tiba BN jadi ‘king maker’
- Muhyiddin atau Anwar PM?
- Lebih baik BN duduk di blok pembangkang – Shahril
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO perlu ‘total reset’, ini kesalahan presiden hingga bawahan – Akmal Saleh
You must be logged in to post a comment.