11 saluran mengundi Parlimen Baram digantung – SPR

#PRU15

11 saluran mengundi Parlimen Baram digantung – SPR

Cuaca buruk menyebabkan proses mengundi di 11 pusat pengundian di Parlimen Baram, di sini, digantung hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam kenyataan hari ini, berkata keputusan itu dibuat berikutan cuaca buruk menyebabkan petugas tidak dapat tiba ke tempat bertugas sama ada melalui laluan udara, darat dan air.

Justeru, katanya, tarikh baharu pengundian bagi Pusat Mengundi dan Tempat Mengundi (Saluran) akan dimaklumkan kelak selepas keadaan

selamat untuk petugas dan pengundi tiba ke pusat mengundi bagi menjalankan pengundian.

Pusat Mengundi dan Tempat Mengundi (Saluran) yang terbabit adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Long Naah (saluran 1 dan 2), SK Long Luteng (Saluran 2), Rumah Panjang TK Matthew Belulok Lalo Kampung Lepo Gah (Saluran 1 dan 2), SK Long Sait (Saluran 2) dan SK Long Tungan (Saluran 1 dan 2).

Turut digantung, SK Long Moh (Saluran 1 dan 2), SK Long Mekabar (Saluran 1), SK Long Jekitan (Saluran 1 dan 2), SK Long Lamei (Saluran 2), SK Lio Mato (Saluran 1 dan 2) serta SK Long Banga (Saluran 1 dan 2). BH

11 saluran mengundi Parlimen Baram digantung – SPR


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker