Keluarga arwah Pak Su Mid kesal perbuatan ambil tanah kubur

Keluarga arwah Pak Su Mid kesal perbuatan ambil tanah kubur

KUALA NERANG – Keluarga ulama Kedah terkenal, Allahyarham Abdul Hamid Ismail, 96, atau dikenali sebagai Pak Su Mid merayu orang ramai supaya tidak melakukan aktiviti di luar norma Islam di perkuburannya di Masjid Ayer Hitam di Jerlun dekat sini.

Menurut anak kedua Allahyarham, Pirdaus Abdul Hamid, 41, keluarganya kesal dengan tindakan segelintir pihak mengambil kesempatan seperti itu yang sedikit sebanyak mengguris hati mereka.



“Kami berharap sesiapa yang nak menziarahi kubur arwah Pak Su Mid supaya jaga etika dan beri kerjasama kepada AJK (ahli jawatan kuasa) masjid di sana. Kami dapat maklumat ada yang datang ambil tanah kubur arwah.

“Kami harap jangan buat benda yang boleh mendatangkan fitnah atau benda-benda pelik yang dilarang agama. Kami di Padang Terap, kubur arwah di Jerlun jadi tak dapat nak pantau,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengunjungi Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap di sini hari ini.

Ia sebagai menghargai jasa pihak polis yang melancarkan urusan pengebumian Allahyarham pada minggu lepas.



Pak Su Mid menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah pusat perubatan swasta di Alor Setar pada Jumaat lalu akibat sakit tua.

Pengebumian Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ayer Hitam dekat Jerlun yang juga tempat kelahirannya dihadiri ribuan orang termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pada masa sama, Pirdaus juga berharap orang ramai tidak memuat naik maklumat yang tidak benar berkaitan Allahyarham semata-mata untuk dijadikan kandungan di media sosial untuk meraih nama. K Online

Keluarga arwah Pak Su Mid kesal perbuatan ambil tanah kubur




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin



SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker