Kenyataan anti-Kristian Muhyiddin boleh cetus ketegangan kaum

#PRU15

Kenyataan anti-Kristian Muhyiddin boleh cetus ketegangan kaum

Majlis Gereja-Gereja Malaysia membidas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menuduh penganut Kristian bekerjasama dengan sekumpulan Yahudi untuk mempromosikan agama itu dan memurtadkan umat Islam di negara ini

Setiausaha Agung, Jonathan Jesudas berkata, kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi Perikatan Nasional itu tidak benar dan tidak bertanggung jawab.

“Kita hidup di negara berbilang agama dan kaum maka sensitiviti setiap masyarakat perlu diambil kira semasa berucap di forum awam.

“Kenyataan yang dilafazkan (Muhyiddin) secara sembarangan di tempat terbuka boleh menimbulkan ketegangan dan persengketaan kaum dan agama.

“Pihak berkuasa perlu menangani perkara ini bagi memastikan kenyataan palsu dan menyentuh sensitiviti pelbagai agama tidak diulangi.

“Perkara sebegini juga tidak harus dibernarkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, satu klip video berdurasi 1 minit 44 saat tular di media sosial memaparkan Muhyiddin memberitahu penonton supaya tidak memilih Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya esok.

Menurut Muhyiddin, PH adalah parti yang bahaya kerana beliau pernah terjumpa video mengenai sekumpulan orang Yahudi bercakap tentang Malaysia.

Calon PN Parlimen Pagoh itu mendakwa, kumpulan berkenaan berdoa supaya Malaysia jatuh ke tangan pembangkang yang menaja Yahudi dan Kristian.

Bekas perdana menteri itu mendakwa ada orang Islam pergi gereja di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya dan telah berlaku proses Kristianiasi di negara ini. MG

Kenyataan anti-Kristian Muhyiddin boleh cetus ketegangan kaum


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker