BN boleh tubuh Kerajaan awal pagi Ahad – Tok Mat

#PRU15

BN boleh tubuh Kerajaan awal pagi Ahad – Tok Mat

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan meluahkan keyakinannya bahawa parti tersebut mampu membentuk sebuah Kerajaan seawal pagi Ahad.

Menurut beliau, rakyat sudah pun membuat keputusan tiga tahun lalu melalui perlaksanaan pilihan raya kecil (PRK) dan pilihan raya negeri (PRN).

“Nampaknya tiga tahun dalu (rakyat) buat keputusan dah. Itu sebab tujuh PRK, empat PRN semuanya beri dokongan dan sokongan kepada BN dan saya mohon rakyat meneruskan momentum tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini esok hari,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Santai Pagi bersama beliau di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Gadong, di Gadong, di sini, pagi tadi.

Dalam pada itu, Mohamad melahirkan rasa optimis serta positif terhadap peratusan pengundian awal yang tinggi melebihi 90 peratus.

“Ini petanda baik, orang tak sabar-sabar nak mengundi kerana empat tahun duduk dalam keadaan tertekan negara tidak diurus dengan baik.

“Tak mahu lagi dalam keadaan begitu, mahu negara kembali semula di era pra 2018, orang meniaga gembira, orang bekerja tak ada apa-apa, orang makan gaji ok, setiap tahun BRIM (Bantuan Rakyat 1Malaysia), semua ada,” katanya. K Online

BN boleh tubuh Kerajaan awal pagi Ahad – Tok Mat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker