Ismail doa Keluarga Malaysia selamat sampai ke kampung untuk mengundi

#PRU15

Ismail doa Keluarga Malaysia selamat sampai ke kampung untuk mengundi

Perdana Menteri mendoakan Keluarga Malaysia selamat sampai ke kampung halaman dan tempat mengundi masing-masing, untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), esok.

Menerusi catatan di laman Facebook rasmi beliau, Ismail Sabri mahu seluruh ahli Keluarga Malaysia untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

“Esok kita dah mengundi. Buat warga perantau, pulanglah untuk menunaikan tanggungjawab anda sebagai pengundi.

“Saya doakan semua selamat sampai ke kampung halaman, tempat mengundi masing-masing dan kembali ke tempat kerja dengan selamat serta sempurna,” katanya.

Beliau juga menyeru Keluarga Malaysia untuk memilih Barisan Nasional (BN) demi kestabilan dan kemakmuran negara.

“Pilihlah BN. Demi kestabilan dan kemakmuran negara yang kita cintai,” katanya.

Terdahulu, Ismail Sabri ketika menghadiri Program Ramah Mesra bersama Penduduk di Bandar 32, Bera berharap proses pengundian PRU15 esok, berjalan lancar tanpa sebarang provokasi atau kejadian tidak diingini.

PRU15 menyaksikan jumlah pengundi semakin ramai iaitu 21.1 juta pengundi berbanding 14.9 juta pada PRU14.

Ismail doa Keluarga Malaysia selamat sampai ke kampung untuk mengundi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker