Lebih banyak insentif untuk penjaja, peniaga kecil – Ismail

Lebih banyak insentif untuk penjaja, peniaga kecil – Ismail

KERAJAAN akan menyediakan lebih banyak insentif khusus untuk penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara.

Jaminan itu disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempena Hari Penjaja dan Peniaga Kecil 2020 yang disambut hari ini.

Perdana Menteri turut mengucapkan selamat Hari Penjaja dan Peniaga Kecil 2022 kepada semua penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan sentiasa berusaha mengangkat dan mengetengahkan peranan komuniti penjaja serta peniaga kecil untuk sama-sama memacu kemakmuran negara.

Beliau berkata, pelbagai kemudahan telah disediakan kerajaan kepada golongan penjaja dan peniaga kecil.

Kata beliau, ia termasuk pengurangan 50 peratus sewaan premis; pengecualian sewaan tapak berniaga serta pengecualian fi lesen penjaja dan peniaga kecil sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya juga pernah menjadi penjaja dan peka dengan keperluan mereka.

“Program pendigitalan Penjaja dan Peniaga Kecil Warongku juga turut membantu golongan penjaja untuk mendigitalkan perniagaan mereka.

“Program Pembiayaan Mikro tanpa faedah berjumlah RM50,000 secara dalam talian untuk penjaja dan peniaga kecil.

“Terima kasih kerana membantu memperkasakan ekonomi negara.

“Insya-Allah lebih banyak insentif yang bakal saya laksanakan untuk penjaja dan peniaga kecil di Malaysia,” katanya dalam hantaran di Facebook. Utv

Lebih banyak insentif untuk penjaja, peniaga kecil – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker