Tak mungkin pengundian Padang Serai ditangguh – Azalina
Tak mungkin pengundian Padang Serai ditangguh – Azalina
Tidak mungkin pengundian di Parlimen Padang Serai bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) ditangguhkan memandangkan undi awal sudah dijalankan, kata bekas menteri undang-undang, Azalina Othman Said.
Beliau mengambil maklum pandangan beberapa pihak yang menyatakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menetapkan tarikh baharu susulan kematian calon Pakatan Harapan (PH) M Karupaiya, merujuk kepada Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981, Peraturan 11(6).
Bagaimanapun, beliau berkata, peraturan sama juga menyatakan bahawa SPR hanya boleh menetapkan tarikh baharu sebelum pilihan raya dimulakan, yang mana turut membabitkan pengundian awal.
“Dalam kes Padang Serai, undi awal sudah berlangsung pada 7 Nov dan 15 Nov bagi anggota polis dan angkatan tentera termasuk pasangan mereka, justeru menjadikan gesaan penangguhan mustahil dibuat.
“Penamaan calon baharu di Padang Serai tidak mungkin dapat dilakukan kerana undi awal sudah dilaksanakan mengambil kira pengundian sudah berjalan dan tidak boleh ditarik balik.
“Tambahan pula, tiada peruntukan undang-undang bagi menamakan calon baharu selepas pengundian berlangsung,” katanya dalam kenyataan.
Azalina yang mengetuai pasukan petugas khas undang-undang dan demokrasi Barisan Nasional (BN), berkata pilihan raya di Padang Serai perlu diteruskan tanpa SPR menetapkan tarikh baharu atau menangguhkan PRU15.
“Mendiang M Karupaiya merupakan Ahli Parlimen yang luar biasa dan rakan baik kepada ramai kalangan dari dua kem berbeza. Saya mengucapkan takziah kepada ahli keluarganya. Pemergian mendiang akan sentiasa dirindui.”
Karupaiya meninggal dunia semalam pada usia 69 tahun.
Beliau dicalon semula untuk mempertahankan Padang Serai bagi penggal kedua, dalam pertembungan enam penjuru menentang C Sivarraajh dari BN, Azman Nasrudin (Perikatan Nasional), Hamzah Abdul Rahman (Pejuang), Bakri Hashim (Warisan) dan Sreanandha Rao dari bebas. FMT
Tak mungkin pengundian Padang Serai ditangguh – Azalina
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin luluskan kontrak RM580b tanpa tender – Anwar
- BN menang Ismail PM – Johari
- Anwar mahu Muhyiddin dedah akaun Bersatu
- Jangan percaya tinjauan kata PH pilihan utama pengundi – Mahathir
- Tak mungkin Zahid jadi PM
- Kajian IDE ramal Azmin bakal tewas di Gombak
- Pas sepatutnya ada kuasa bersuara dalam PN – Ismail
- Kerajaan rugi tak ada pakar ekonomi seperti Johari Ghani – Ismail
- Pakatan Harapan fobia dengan perkataan manifesto
- PAS tak akan bekerjasama dengan BN – Hadi
- Saya tak pernah jumpa pemimpin PN bincang kerjasama – Hishammuddin
- PN goyah, PAS mula buat perangai
- PRU15: Anwar umum ‘sokong’ Tengku Zafrul
- Ilham Centre nafi ramal PH menang 87 kerusi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Takiyuddin bidas kembali kenyataan Muhyiddin, pendirian PAS terbuka
Teman lelaki Syazlin Zainal ziarah pusara kekasih
You must be logged in to post a comment.