Mesej ‘musnah’ Tok Mat di Rembau palsu – Khairy

#PRU15

Mesej ‘musnah’ Tok Mat di Rembau palsu – Khairy

Khairy Jamaluddin berkata perbualan Whatsapp yang kononnya “bocor” mendakwa dirinya mendesak Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan disabotaj di Parlimen Rembau, adalah palsu.

Dalam hantaran di Twitter, bekas Ahli Parlimen Rembau itu, berkata beliau akan membuat laporan kepada polis termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap pemilik akaun yang memuatnaik perbualan palsu berkenaan.

“Palsu. Tak perlu sebar fitnah ‘black ops’. Tolak fitnah dan politik kotor. Fokus pada Sungai Buloh,” kata Khairy yang juga calon Barisan Nasional (BN) Sungai Buloh.

Khairy merupakan Ahli Parlimen Rembau selama tiga penggal, namun memberi laluan kepada Mohamad, yang lebih dikenali sebagai ‘Tok Mat’, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Tangkap layar yang mengandungi perbualan kononnya daripada Khairy berlegar di media sosoal, di mana individu bernama “Boss KJ” dengan nada “mengancam”, selain memberitahu penerima mesej itu supaya “menghapuskan” Mohamad di Rembau.

“Boss KJ” juga berjanji kepada penerima dia akan dilantik sebagai setiausaha politik apabila menjadi perdana menteri, sambil menambah memerlukan tempoh masa lima tahun.

“Pecahkan undi, jangan sampai nampak jelas,” kata mesej dalam tangkap layar itu. “(Ismail Sabri Yaakob) tidak berguna dan akan jatuh. Sebagai timbalan perdana menteri, saya akan ambil alih.” FMT

Mesej ‘musnah’ Tok Mat di Rembau palsu – Khairy


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saya mohon maaf, saya hanya mahu ‘prank’ anak saudara

Takiyuddin bidas kembali kenyataan Muhyiddin, pendirian PAS terbuka

Teman lelaki Syazlin Zainal ziarah pusara kekasih

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker